ceraka II

sejenis tumbuhan (herba), jarak, Plumbago zeylanica;
~ merah
sejenis tumbuhan, Plumbago rosea.

cerai-berai

1. berpisah-pisah (berselerak, berpecah-pecah) ke sana sini (dengan tidak tentu arah), porak-peranda;

2. berpisah daripada bersatu sebagai suami isteri, putus pertalian sebagai suami isteri;

bercerai-berai berpisah-pisah;

mencerai-beraikan menyebabkan cerai-berai (porak-peranda dan lain-lain), memecah-belahkan: janganlah kamu mengikut jalan-jalan lain daripada Islam kerana jalan-jalan itu ~ kamu daripada jalan Allah.

cerai

1. pisah, sarak;

2. tidak sebagai suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sebagai suami isteri, talak:
ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu;
~ susu sudah berhenti menetek;
~ taklik cerai antara suami isteri dengan janji (seperti gugurnya talak dengan sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran);
~ tembilang cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal;

bercerai
1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah:
malam ini kita berkampung, malam esok kita ~;

2. terputus hubungan atau pertalian sebagai suami isteri:
mereka yang menjalani perkahwinan yang dipaksa-paksa seperti itu, ~ juga akhirnya;
~ susu
berhenti menetek;
~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi (peribahasa) perhubungan jenis lelaki perempuan yang tidak sah (seperti pelacuran dan lain-lain);
bercerai-cerai, bercerai-ceraian
berpecah-pecah, berpisah-pisah;

menceraikan
1. = memperceraikan a) menjadikan tidak bercantum (bersatu, berhubungan) lagi:
jiwa paman akan beta ceraikan dengan badan paman;
baiklah kepalaku perceraikan dengan badanku;

b) meleraikan (orang bergaduh, bertumbuk, dan lain-lain);

2. memutuskan perhubungan sebagai suami isteri, menggugurkan (menjatuhkan) talak:
Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya;

3. memberhentikan (anak daripada menetek), menyapih, menyarak;

mencerai-ceraikan menjadikan atau menyebabkan bercerai-cerai, memisah-misahkan:
gunakan dua garpu untuk ~ daging yang telah direbus;

tercerai terpisah, tidak terkumpul, terasing:
bahan-bahan untuk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini;

ceraian
1. bahagian atau fasal kecil (dalam undang-undang, penyata, surat perjanjian, dan lain-lain);

2. bahagian daripada tulisan (cetakan dan lain-lain) yang nampak tercerai daripada bahagian lain, perenggan;

perceraian
1. perpisahan, perpecahan;

2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri);

penceraian perihal (perbuatan) menceraikan.

cerah l

1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu, langit, dan lain-lain):
hari sudah
~;

2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain);

3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit):
kulitnya
~;

4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka):
wajah Cikgu Seman belum ~ betul;

5. [kiasan] baik, bahagia, elok:
kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah
~;

6. [kiasan] berakal, cerdik:
mujurlah Abang Mat tu ~ sikit;
~ ceria
terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain);
~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

mencerahkan
1. menjadikan cerah (tidak gelap, terang), menerangkan:
cahaya lilin ~ ruang yang kecil itu;

2. menjadikan cerah (jernih), menjernihkan:
~ kaca;

3. menjadikan cerah (tidak hitam):
~ kulit;

4. menjadikan cerah (berseri, tidak muram), menyerikan:
berita itu ~ wajahnya yang tadinya agak muram;

5. menjadikan cerah (baik, elok, dan sebagainya), membahagiakan (kehidupan dan sebagainya):
~ kehidupannya sekeluarga;
pelaburan ini akan ~ pertumbuhan ekonomi;

kecerahan perihal cerah;

pencerahan perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu;

pencerah bahan yang mencerahkan (kulit dan sebagainya):
krim atau losen ~ kulit.