berceranguk duduk dengan kepala mendongak sedikit:
ia hendak menghiburkan hati cucu-cucu yang ~ di sekelilingnya.
Author Archives: admin
ceranggah
berceranggah
1. (berkenaan (dengan) tanduk rusa) bercabang-cabang;
2. (berkenaan (dengan) barang yang panjang-panjang seperti pancang, tiang, dan lain-lain) mencuar-cuar ke atas.
cerangga
kurang sempurna pada anggota badan sejak dilahirkan:
oleh sebab ~ pada kedua-dua belah kakinya, dia sukar mencari pekerjaan.
cerang
[sastera lama] kawasan dalam hutan bekas bercucuk tanam, bekas hutan yang sudah ditebang pokoknya atau yang tinggal sedikit sahaja pokok-pokoknya.
cerancang
(Perhutanan) bahagian kayu yang pecah atau kumpulan selumbar yang tertinggal pada tunggul atau pada bahagian bawah pangkal balak selepas pokok ditebang;
bercerancang, bercerancangan mencuar-cuar tajam atau tinggi, berceracakan:
hutan itu kira-kira lima ekar telah dibuka dan bercerancangan tunggul-tunggul kayu.
cerana II
sejenis penyakit seperti ketumbuhan yang berbahaya pada badan (boleh merebak ke bahagian lain).
cerana I
sejenis bekas tempat sirih dan lain-lain (bentuknya bulat atau bujur seperti dulang berkaki dan dibuat daripada logam);
~ biduk cerana yang rupanya seperti biduk.
ceramah
1. suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap;
2. ucapan membicarakan sesuatu perkara (seperti bahasa, politik, dan lain-lain), syarahan:
~ tentang bahasa menjadi suatu perhatian yang istimewa sekarang;
berceramah memberi (menyampaikan) ceramah:
ketika saya sampai, ia sudah ~;
menceramahkan membicarakan sesuatu perkara, memberi ceramah mengenai:
ia ~ masalah politik dunia;
penceramah orang yang berceramah, pembicara:
sebelum ~ sampai, masing-masing sudah duduk di tempatnya.
cerakin III
mencerakin, mencerakinkan
1. menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dan lain-lain) untuk mengetahui sebab-sebab (kedudukannya dan lain-lain):
ia diakui sebagai tokoh yang pertama ~ dasar-dasar ini;
2. menghuraikan sesuatu bahan kepada bahagian-bahagiannya (seperti unsur dan lain-lain);
3. menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dan lain-lain) sesuatu kepada bahagian-bahagiannya:
prisma yang pertama ~ cahaya putih dan prisma yang kedua menghasilkannya;
cerakinan
1. penyelidikan (untuk mengetahui hal-hal, peristiwa, dan lain-lain), penyiasatan;
2. uraian (penyelidikan) kimia (untuk menentukan kandungan sesuatu dan lain-lain);
~ fizik (kimia) uraian (penyelidikan) yang menggunakan kaedah fizik (kimia);
pencerakinan perihal (usaha, proses, dan sebagainya) mencerakin(kan);
analisis.
cerakin II
sejenis tumbuhan (pokok), Croton tiglium.