cucur II

[Kelantan], [Terrenganu];

mencucurkan memulangkan wang (baki daripada membeli barang).

cucur I

aliran (pancaran) ke bawah (air dan lain-lain):
tanah yang dibelinya dengan harta ~ peluhnya sendiri;

bercucuran mengalir ke bawah, memancur ke bawah, berpancaran ke bawah:
seraya ia menangis ~ air matanya bagai manik diurai;

mencucuri
1. menuang air dan sebagainya pada, menyirami, menjirus:
dia ~ kakinya yang berlumpur dengan air;

2. melimpahkan rahmat dan sebagainya ke atas atau pada seseorang:
Tuhan ~ makhluk-Nya dengan rahmat;
semoga Allah ~ kita dengan rahmat dan hidayah-Nya;

mencucurkan
1. mengalirkan turun, memancarkan, memancurkan;
~ air mata menangis;

2. memberikan (mengurniakan dan sebagainya) banyak-banyak, melimpahkan:
semoga Allah sentiasa ~ rahmat-Nya ke atas roh kedua-dua orang tua kami yang sangat dikasihi;

cucuran aliran ke bawah, pancaran, pancuran;
~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh;
~ harta pembahagian harta kepada waris (kewarisan harta).

cucup

mencucup menghisap, mengucup;
~ benak ki menghisap darah (memeras orang).

cucunda

[bahasa halus] cucu (digunakan dalam surat-menyurat atau berkaitan dengan golongan istana):
Raja Tua terlalu kasih akan ~ baginda.

cucuk II

[Jawa]

1. paruh, patuk;

2. barisan (pasukan) yang terdepan:
Patih Karma Wijaya berjalan dahulu menjadi ~.

cucuk I

1. sesuatu yang tajam yang digunakan untuk menusuk dan lain-lain (seperti jarum, cuban, penyemat, dan lain-lain);
~ hidung tali yang ditusukkan pada hidung lembu (kerbau dan lain-lain), keluan;
~ rambut (sanggul) penyemat rambut, tusuk kondai;

2. penjodoh bilangan untuk barang yang ditusuk dengan lidi (tali dan lain-lain):
sepuluh sen se~;
enam belas ~ sate;

3. suntik (untuk memasukkan ubat dan lain-lain ke dalam badan):
ia menggosok-gosok bekas kena ~;

bercucuk ~ ikan [arkaik] berderet rapat-rapat, bersesak-sesak;
~ tanam (tanah) bertani, bekerja menanam tumbuh-tumbuhan di sawah, ladang, dan lain-lain;

mencucuk
1. menusuk (dengan barang yang tajam seperti peniti, lidi, pin, dan lain-lain), menebuk, menikam (dengan keris, pisau, dan lain-lain), mencacah (dengan jarum):
ia masih ~ rojak dengan sebilah garpu;

2. melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dan lain-lain);
dicucuk orang hidung = seperti kerbau dicucuk hidung (peribahasa) menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah);

3. menyuntik (untuk memasukkan ubat dalam badan):
untuk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk;

4. merangkai-rangkaikan (menganggit) dengan cucuk (tusuk):
~ atap;

5. [kiasan] menghasut, mengacum, mengapi-apikan, menimbulkan kemarahah orang:
dialah yang ~-cucuk orang itu hingga mereka bergaduh;

6. [kiasan] menusuk atau masuk ke dalam:
bau nasi lemak yang ~ hidung;
~ hati
ki
a) menyakiti hati;
b) memilukan hati;
~ mata
a) mencolok mata;
b) [kiasan] sangat nyata, tampak benar, mudah tampak;
c) [kiasan] menyakiti hati, memberi malu;

mencucuk-cucuk
1. mencucuk berulang kali:
mereka akan ~ lengan mereka dengan anak batu sehingga luka;

2. berasa sakit seperti dicucuk-cucuk dengan jarum, duri dan sebagainya:
bisa di dadanya ~;
berasa sakit yang ~;

cucuk-mencucuk [kiasan] saling menghasut:
hindarilah sifat-sifat yang keji dan jijik seperti fitnah-memfitnah, ~, dengki-mendengki dan sebagainya daripada kehidupan kita;

mencucukkan menusukkan, menembuskan, merangkaikan, menyematkan, dan lain-lain:
~ anak mancis ke dalam cerut;

tercucuk tertusuk, tertembus;
~ hidung (mata) (peribahasa) [Minangkabau] tertipu kerana kebodohan (seperti membeli barang yang tidak elok dengan harga yang tinggi);

cucukan hasil perbuatan mencucuk, tusukan;

pencucuk
1. cucuk;

2. [kiasan] penghasut, pengacum, batu api.

cucuh

mencucuh
1. memasang, menyalakan (api dan lain-lain):
~ pelita;
~ meriam
memasang meriam;

2. mengenakan api, besi panas, dan sebagainya pada:
yang paling sedih apabila mak ~ abang dengan kayu api berbara;

mencucuhkan
1. memasangkan, menyalakan:
Seman ~ api tersebut pada rokok di mulutnya;

2. mengenakan (api, besi panas, dan sebagainya) pada sesuatu:
Afandi ~ besi panas pada tangan Mazlan;

cucuhan
1. hasil mencucuh atau mencucuhkan:
doktor mengesahkan terdapat banyak bekas ~ puntung rokok pada badannya;

2. (Fizik) bunga api yang terhasil daripada palam pencucuh untuk memulakan pembakaran;

pencucuhan perihal (perbuatan, proses dan sebagainya) mencucuh atau mencucuhkan:
sistem ~;

pencucuh
1. orang yang mencucuh, tukang cucuh;
~ meriam pembakar meriam;

2. alat untuk mencucuh:
palam ~;

3. [kiasan] penghasut.