cukin

1. kain kecil (untuk menutup dada sewaktu makan);

2. kain basahan yang pendek (biasanya dipakai ketika mandi).

cuki I

sejenis permainan yang memakai buah dan papan (seperti dam);
papan ~ papan untuk permainan cuki;

bercuki bermain cuki.

cukal

sejenis tumbuhan (herba yang hidup di tempat-tempat basah), Hyangrophila phlomoides.

cukai

1. bayaran (bea, sumbangan) yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang, dan lain-lain) untuk perbelanjaan negara dan lain-lain:
~ belian;
~ eksport;

2. = cuke [Indonesia] bahagian daripada hasil tanah persendirian yang dikutip oleh tuan tanah;
~ belian cukai tak langsung yang dikenakan terhadap harga borong barang tertentu yang bukan barang perlu, biasanya dibayar oleh pengguna kepada peruncit yang akan membayar cukai kepada kerajaan;
~ eksport cukai yang dikenakan ke atas barang yang dieksport;
~ hiburan cukai yang dikenakan terhadap sesuatu bentuk hiburan (seperti kelab malam, pawagam, dan sebagainya);
~ jalan cukai yang dikenakan terhadap kenderaan darat bermotor;
~ jualan cukai yang dikenakan terhadap barangan yang dijual yang bebannya terletak secara langsung pada pembeli;
~ korporat cukai syarikat;
~ laba harta tanah cukai terhadap laba daripada penjualan harta tanah;
~ langsung cukai yang dikenakan terus kepada pembayar cukai yang akan menjelaskannya kepada kerajaan (mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah);
~ pelindung cukai atas barang-barang import untuk melindungi barang-barang tempatan (untuk mengelakkan persaingan yang boleh mengancam pengeluaran barang-barang tempatan);
~ pendapatan cukai yang dikenakan terhadap pendapatan;
~ perkhidmatan cukai yang dikenakan pada barang seperti makanan dan minuman, atau perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tertentu seperti hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dan lain-lain;
~ pintu cukai yang dikenakan terhadap pemilik rumah;
~ progresif cukai yang kadar puratanya semakin tinggi apabila pendapatan seseorang semakin tinggi;
~ regresif cukai yang kadar puratanya semakin rendah apabila pendapatan seseorang semakin tinggi;
~ syarikat cukai yang dikenakan terhadap (keuntungan) syarikat;
~ tak langsung cukai yang dibayar oleh pembayar cukai melalui pembelian barang atau perkhidmatan (mis cukai jualan, cukai eksais, cukai import, cukai eksport, dan lain-lain);
~ tanah cukai yang dikenakan atas pemilikan tanah;
~ tersembunyi cukai tak langsung yang dibayar oleh pengguna dengan menaikkan harga barang yang dijual tanpa pengetahuan pengguna;
~ warisan cukai yang dikenakan terhadap orang yang menerima harta pusaka;

bercukai dikenakan cukai:
barang ~;

mencukai mengenakan cukai terhadap, mengutip cukai daripada:
negara boleh mendapat wang dengan ~ orang ramai;

percukaian yang berkaitan dengan cukai:
seperti biasa, struktur ~ paling menarik perhatian di kalangan rakyat jelata;

pencukaian
1. perbuatan (prinsip dan sebagainya) mencukai, pengenaan cukai terhadap:
~ secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia;

2. yang berkaitan dengan cukai-mencukai:
karya asli dalam bidang ~ di Malaysia yang pertama ditulis dalam bahasa Malaysia.

cuka

cairan yang masam rasanya (biasanya dibuat daripada nira kabung, nyiur, dan lain-lain);
~ belanda cuka yang dibuat daripada anggur dan lain-lain melalui proses kimia, asid asetik;
~ getah asid untuk membekukan getah, asid formik;
~ jawa cuka yang dibuat daripada nira;
minum ~ pagi hari = ~ diminum pagi hari (peribahasa) bermuka masam kerana benci atau marah akan sesuatu;

mencuka [kiasan] menjadi masam seperti cuka (berkenaan (dengan) wajah, muka) kerana marah, geram, dan lain-lain:
Cik Zabedah mengekorinya dengan wajah ~.

cuit

bercuit-cuit bergerak-gerak cepat seperti menggamit-gamit (berkenaan (dengan) jari);
~ gamit sentuh-menyentuh dengan hujung jari (sewaktu berseloroh dan lain-lain):
dia telah pandai pula bertepuk tampar dan ~ gamit dengan tetamu-tetamu yang hidung belang;

mencuit mencuil, menggamit, menyentuh dengan hujung jari:
terkejut saya dicuitnya;

tercuit [kiasan] tersentuh jiwa (hati dan lain-lain) kerana sesuatu:
hati penulis ~ ketika melawat khemah pelarian itu;

cuitan sentuhan dengan hujung jari (sewaktu berseloroh, sebagai memberi isyarat, dan lain-lain).