cula I

1. sumbu yang tumbuh pada hidung atau muncung (badak dan lain-lain);

2. [sastera lama] azimat (rupanya seperti sumbu badak dan lain-lain):
~ dibeli oleh bapaku sekati emas;
berkeris berhulu
~.

cukur I

pisau ~
a) pisau untuk mencukur rambut (janggut dan lain-lain);
b) [kiasan] perempuan yang menghabiskan wang (harta) lelaki;
tukang ~ orang yang menggunting (memotong) rambut (janggut dan lain-lain), tukang gunting;

bercukur
1. memotong (membersihkan) jambang dan lain-lain dengan pisau cukur;

2. sudah dibersihkan (dipotong) jambang dan lain-lain dari muka;

mencukur
1. memotong (membersihkan) rambut dan lain-lain dengan pisau cukur dan lain-lain:
baru petang semalam, jambangnya dicukur;

2. [bahasa percakapan] mengalahkan (menewaskan) dengan teruknya (terutama dalam perlawanan bola sepak);
~ kepala (peribahasa) perbuatan yang memalukan keluarga;

pencukuran perihal (perbuatan dan sebagainya) mencukur;

pencukur
1. pisau dan lain-lain untuk mencukur;

2. orang yang mencukur, tukang cukur.

cukup

1. tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dan lain-lain), sampai jumlahnya (besarnya dan lain-lain), pada:
pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yang datang terlalu banyak;

2. sampai betul, genap (masa, usia, dan lain-lain):
hari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal;
~ bulan

a) genap sembilan bulan (mengandung);
b) akhir bulan (hari gaji);
~ umur sudah akil baligh, sudah dewasa;

3. lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya):
putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal;
rumah itu ~ dengan perabotnya sekali;

4. sudah pada dengan itu (begitu) sahaja:
kesukaan anaknya kepada Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu;

5. sangat, lebih daripada yang memadai atau yang dijangka:
badanku terasa ~ penat;
mukanya ~ masam
;

6. tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang:
hasil yang diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua;
~ keperluan sendiri
tidak perlu apa-apa dari luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri);

7. [bahasa percakapan] tidak kekurangan, agak kaya, berada:
ayahnya orang yang ~;

secukup;
~ hidup cukup untuk membiayai perbelanjaan hidup sahaja;

mencukupi
1. memadai, lengkap (keperluan, keinginan, dan lain-lain):
binatang itu memerlukan makanan yang ~;
apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yang ~, tinggallah mereka setahun dua di darat;

2. tidak kurang (untuk sesuatu hal, keperluan, dan lain-lain):
buku kecil ini tentulah tidak ~ untuk menerangkan segala-galanya;
pendapatannya tidak ~ untuk keperluan hidup diri dan keluarga;

3. bagi menjawab atau membalas (biasanya berkenaan jawaban dalam surat-menyurat):
~ surat tuan;

mencukupkan menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menambah supaya cukup:
untuk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dengan lebih keras lagi;
kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi;

kecukupan ada apa yang diperlukan, tidak kekurangan:
orang datang begitu banyak sehingga meja dalam restoran itu tidak ~;
orang boros tentu saja tidak ~ belanja;

berkecukupan tidak kekurangan, cukup segala yang diperlukan;

ketidakcukupan perihal tidak cukup:
alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi.