distribusi

[Indonesia]

1. pembahagian (pengedaran) barang-barang;

2. catuan barang-barang;

mendistribusikan
1. membahagi-bahagikan (menghantar, mengedarkan) barang-barang (kpada wakil-wakil penjual, pekedai-pekedai runcit dan lain-lain);

2. mencatu barang-barang.

distosia

(Perubatan) proses bersalin yang sukar dan lambat disebabkan oleh pelbagai masalah, seperti kontraksi rahim yang tidak berkesan dan ketaknormalan saiz fetus.

distingtif

(berkenaan (dengan) ciri, sifat dan sebagainya) jelas membezakan sesuatu daripada sesuatu yang lain, tersendiri:
bahasa Austronesia tidak selalu memperlihatkan ciri-ciri yang ~ dalam penentuan kategori gramatis;
potensi untuk berjaya banyak bergantung kepada ilmu pengetahuan yang diamalkan dan kualiti individu yang ~.

distaksia

(Perubatan) kesukaran mengawal pergerakan yang menyebabkan kaki dan tangan menggeletar dan sukar untuk berjalan seperti biasa.

dispepsia

(Perubatan) rasa sakit dalam perut dan di sekitar sudu hati, biasanya disebabkan oleh ketidakhadaman makanan.

disorientasi

proses atau keadaan yang mengelirukan atau membingungkan berhubung dengan masa, tempat dan identiti:
juruterbang mengalami ~ dan tidak dapat mengawal helikopternya;
sesungguhnya budaya lepak hanya satu manifestasi kecil dari gejala yang lebih besar, iaitu ~ budaya.