[kependekan] dalam.
Author Archives: admin
dll
[kependekan] dan lain-lain.
DK
[kependekan] Darjah Yang Utama Kerabat Diraja (yang dianugerahkan oleh seseorang raja kepada raja lain atau kepada seseorang anggota kerabat baginda).
DJ
[kependekan] disc joskey (orang yang memperkenalkan dan memainkan lagu (muzik) dalam rancangan di radio, disko dan sebagainya, biasanya petah berceloteh untuk menarik perhatian pendengar, penonton atau pengunjung).
diwangsa
adiwangsa.
divisyen
1. unit tentera yang merupakan sebahagian daripada kor, biasanya terdiri daripada 10 000 – 15 000 orang anggota dan dibahagikan kepada tiga briged;
2. kelompok yang terdiri daripada beberapa pasukan dalam sesuatu liga (bola sepak dan sebagainya):
pasukannya gagal mengalahkan pasukan sulung dalam ~ ini.
divisi
[Indonesia-Belanda] ketumbukan tentera.
dividen
bahagian keuntungan yang dibayar kepada pemegang saham dalam sesuatu syarikat;
~ bonus dividen tambahan yang berupa saham atau tunai kepada dividen yang telah diisytiharkan sebelumnya;
~ saham dividen yang diterima oleh pemegang saham yang berupa tambahan saham (bukan dalam bentuk tunai).
diversiti
keadaan (sifat, bentuk dan sebagainya) yang berbagai-bagai, kepelbagaian:
pembiakan hidupan liar semakin terjejas dan ini sekali gus mengancam ~ hutan kita.
diversifikasi
perbuatan atau hal mempelbagaikan pengeluaran dan lain-lain.