penyanyi wanita yang sangat masyhur atau terkenal:
namanya kini terserlah sebagai ~ pop.
Author Archives: admin
dius II
sejumlah wang yang kena dibayar sebagai yuran (seperti untuk keahlian sesuatu persatuan).
dius
kedudukan seri dalam permainan (tenis, pingpong, dan lain-lain) yang memerlukan seorang pemain mendapatkan dua mata berturut-turut untuk memenangi permainan.
diurnal
(Biologi)
1. berkenaan bunga yang kembang pada siang dan kuncup pada malamnya;
2. berkenaan haiwan yang aktif pada waktu siang dan tidur pada malamnya.
diuretik
(Perubatan) berkenaan sesuatu yang bertindak untuk meningkatkan aliran kencing.
diuresis
(Perubatan) pembuangan air kencing secara berlebihan.
dito
sama seperti yang tersebut dahulunya atau sebelumnya.
disuria
(Perubatan) rasa sakit atau kesukaran semasa kencing.
disulfida
(Kimia) sebarang sebatian yang mengandungi dua atom sulfur yang terikat pada radikal atau unsur, misalnya karbon disulfida CS2.
distrik
1. kawasan yang diketuai oleh seorang pegawai daerah;
2. [Indonesia] kawasan yang tertentu dalam sesuatu hal (seperti daerah pemilihan dan lain-lain).