dislalia

(Perubatan) ketidakupayaan bertutur dengan sempurna disebabkan oleh kecacatan pada alat pertuturan luar.

diskusi

perbincangan mengenai sesuatu hal:
majlis ~ yang mula-mula diadakan oleh PENA bertempat di Kuala Lumpur;

berdiskusi berbincang:
setiap hari mereka ~ tentang persoalan-persoalan dalam pelajaran mereka;

mendiskusikan membincangkan sesuatu hal:
perkara yang akan didiskusikan nanti bukanlah mengenai soal novel.

diskus

sejenis piring bulat dan berat daripada logam, kayu, dan sebagainya yang dilemparkan sejauh-jauhnya dalam salah satu acara sukan cakera.

diskriminasi

perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dan sebagainya:
~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang;
perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja;~ harga
pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan;
~ kaum layanan yang berbeza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dan sebagainya;
~ ras diskriminasi kaum;
~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat;

berdiskriminasi berbeza tindakan atau layanan terhadap sesama anggota masyarakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain:
para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media;

mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari segi layanan):
golongan ini telah didiskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka.

diskonto

[Indonesia-Belanda] potongan harga yang diberikan kerana pembayaran yang dibuat sebelum waktunya.

disko

sejenis kelab malam atau tempat hiburan untuk pengunjungnya (biasanya anak-anak muda) menari mengikut muzik pop yang biasanya kuat dan rancak;
muzik (tarian) ~ sejenis muzik (tarian) rancak yang biasanya dimainkan (ditarikan) di disko;

berdisko menari mengikut rentak muzik disko:
mereka asyik ~ hingga hampir ke waktu Subuh.

disket

kepingan magnetik daripada plastik yang digunakan untuk merakamkan data dan sebagainya dengan komputer, cakera liut:
difahamkan lebih 3000 ~ mengandungi maklumat perikanan negara yang dikumpulkan sejak tiga tahun lalu musnah dalam kebakaran itu.

diskaun

potongan daripada harga atau nilai penuh sesuatu barang atau perkhidmatan;

mendiskaun memberikan diskaun;

pendiskaunan perihal mendiskaun.