[Indonesia-Belanda] berdisiplin.
Author Archives: admin
disiplin
1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib:
~ ketenteraan yang ketat;
2. peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik:
guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar ~;
3. kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan:
mereka sentiasa menunjukkan ~ yang baik untuk menjaga nama baik sekolah mereka;
4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan:
tindakan ~ akan dikenakan terhadap pemandu bas yang tidak cermat;
5. bidang atau lapangan kajian:
fonemik adalah satu ~ dalam bidang linguistik;
berdisiplin patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain):
tentera meriam Portugis yang ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka;
kejayaan sesuatu usaha yang dilakukan bergantung pada kumpulan pekerja yang cekap, berdedikasi dan ~;
mendisiplinkan membuat supaya berdisiplin:
ibu bapa dan guru-guru bertanggungjawab ~ kanak-kanak.;
pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan:
~ penulis kepada tatasusila kepujanggaan;
pendisiplin orang (biasanya yang ada kuasa) yang mendisiplinkan orang lain:
menggunakan kekuasaan sebagai ~ bagi seseorang.
disinflasi
(Ekonomi) proses mengurangkan atau berlakunya pengurangan kadar inflasi yang tinggi.
disinfektan
(Perubatan) agen (bahan) pembunuh kuman yang digunakan untuk mensterilkan sesuatu (seperti radas pembedahan dan makmal).
disinfeksi
(Perubatan) pembasmian kuman yang boleh menyebabkan penyakit, biasanya dengan menggunakan disinfektan.
disimilasi
(Linguistik) proses atau hasil dua bunyi yang berubah (menjadi tidak sama) akibat pengaruh satu bunyi ke atas satu bunyi yang lain, mis arbor
daripada bahasa Latin yang bermaksud pokok menjadi arbol
dalam bahasa Sepanyol, dan epta
daripada bahasa Greek Kuno yang bermaksud tujuh menjadi efta
dalam bahasa Greek Moden.
disharmoni
1. canggung, janggal, tidak secocok;
2. kecanggungan, kejanggalan.
disgrafia
(Perubatan) ketidakupayaan untuk menulis dengan betul disebabkan oleh kerosakan pada bahagian otak.
disfungsi
(Perubatan) keadaan tidak dapat berfungsi dengan sempurna (berkenaan (dengan) sesuatu organ atau bahagian tubuh):
~ hati dan buah pinggang.
disfonia
(Linguistik) (Perubatan) ketidakupayaan atau kesukaran untuk mengeluarkan bunyi pertuturan.