1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib:
~ ketenteraan yang ketat;
2. peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik:
guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar ~;
3. kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan:
mereka sentiasa menunjukkan ~ yang baik untuk menjaga nama baik sekolah mereka;
4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan:
tindakan ~ akan dikenakan terhadap pemandu bas yang tidak cermat;
5. bidang atau lapangan kajian:
fonemik adalah satu ~ dalam bidang linguistik;
berdisiplin patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain):
tentera meriam Portugis yang ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka;
kejayaan sesuatu usaha yang dilakukan bergantung pada kumpulan pekerja yang cekap, berdedikasi dan ~;
mendisiplinkan membuat supaya berdisiplin:
ibu bapa dan guru-guru bertanggungjawab ~ kanak-kanak.;
pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan:
~ penulis kepada tatasusila kepujanggaan;
pendisiplin orang (biasanya yang ada kuasa) yang mendisiplinkan orang lain:
menggunakan kekuasaan sebagai ~ bagi seseorang.