elipsis

1. tiga titik berurutan (…) yang menandakan pengguguran kata dalam teks;

2. (Linguistik) pengguguran sebahagian kata dalam suatu ungkapan, tetapi dapat difahami dalam konteks berkenaan, misalnya bagi soalan Sudah makan?, dijawab Sudah sahaja.

elips

bentuk bulat bujur (seakan-akan bujur telur):
stadium yang berbentuk ~ ini mempunyai kawasan seluas 76 000 meter persegi.

elemen

1. anasir;

2. sesuatu yang menjadi bahagian dalam sesuatu keseluruhan unsur:
ini disebabkan antara kedua-dua faktor itu terdapat ~-~ yang kuat tetapi berlawanan;

3. [Indonesia] alat untuk menimbulkan tenaga elektrik secara kimia.

elektroterapi

(Perubatan) perawatan penyakit dengan menggunakan arus elektrik (biasanya untuk meredakan rasa sakit, terutamanya yang diakibatkan oleh kecederaan).

elektronik

1. berkenaan elektron;

2. berkenaan (penggunaan) alat yang dibina (dijalankan) dengan kaedah (prinsip) teknologi elektron:
barang-barang ~;

3. cabang fizik dan teknologi yang berkaitan dengan gerak laku, pembangunan, aplikasi dan sebagainya litar dan peranti elektronik.