embacang

sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya yang sangat kuat baunya), Mangifera foetida;
~ buruk kulit
= busuk-busuk ~ (peribahasa) nampaknya tidak pandai (buruk dan lain-lain) tetapi yang sebenarnya pandai (baik dan lain-lain);
berbau bagai ~ (peribahasa) sudah terdengar-dengar berita atau rahsia mengenai perbuatan jahat (maksud yang tidak baik);

= bacang, macang.

emat

[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] sukatan atau ukuran (baju, seluar, dan lain-lain).

emas II

[Jawa]

1. panggilan yang sama dengan tuan;

2. panggilan yang mesra (seperti daripada isteri kepada suami dan lain-lain);
~ merah panggilan kepada kekasih.

emas I

1. sejenis logam berwarna kuning yang mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan seperti cincin, rantai, dan lain-lain);

2. [sastera lama] mata wang (mengandungi 1/16 tahil emas):
bagaimana orang kaya memberi emas hanya se~;
pada masa inilah beras mahal di Riau, berharga enam cupak se~;

3. [kiasan] sesuatu yang tinggi mutunya (mulia, berharga, dan lain-lain):
masa itu ~;

4. [kiasan] wang, wang suap, harta dunia;
~ bertitik [sastera lama] emas yang dicanai:
tangga rumah emas bertuang, ibu tangga ~ bertitik;
~ juita
[sastera lama] kekasih, buah hati;
~ kahwin mas kahwin, mahar;
~ kerajang perada;
~ kertas emas yang berhelai-helai;
~ lanar emas yang halus seperti pasir yang terdapat dalam lanar;
~ lantak emas yang dituang (dicetak) berbatang-batang;
~ liplap emas tiruan;
~ lombong emas yang berada dalam batu-batu keras (diperoleh daripada lombong);
~ mentah emas yang belum dikerjakan;
~ muda emas yang kuning pucat dan rendah mutunya;
~ putih aloi emas yang berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum;
~ sepuluh mutu emas tulen (emas yang 24 karat);
~ tempawan
a) emas yang ditempa;
b) [sastera lama] gelaran (panggilan) pada perempuan yang cantik atau yang dikasihi;
~ tua emas yang sejati, tidak bercampur;
~ urai emas yang halus-halus seperti pasir rupanya;
~ berpeti, kerbau berkandang (peribahasa) harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masing-masing;
bermimpi mendapat ~ takkan membuat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung (peribahasa) sesuatu pertelingkahan itu anggaplah seperti mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan);
hutang ~ dapat dibayar, hutang budi dibawa mati (peribahasa) budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup;
kerana ~ memas, kerana padi menjadi (peribahasa) kerana kekayaan, apa yang dimaksudkan dapat dicapai;
menyeberangi jambatan ~ (peribahasa) berjuang untuk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh;
peti yang berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang (peribahasa) ilmu pengetahuan yang baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja;
seperti ~ yang sudah tersepuh (peribahasa) putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan;
tak ~ bungkal diasah (peribahasa) segala daya upaya dilakukan untuk mencapai maksud;
walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga tampak juga (peribahasa) walau bagaimana sekalipun diajar orang yang biadap, perangainya yang kurang baik kelak akan kelihatan jua;

beremas
1. memakai emas;

2. mempunyai emas:
segala orang yang ~, bagaimana sekalipun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai;

3. [kiasan] berharta, berwang:
kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati (peribahasa) kalau ada pencarian yang tetap akan senanglah kehidupan;

mengemas seperti emas, menyerupai emas:
padi kuning ~;

mengemasi
1. melapisi dan lain-lain dengan emas;

2. menyuap, menumbuk rusuk:
segala orang yang diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya;

keemasan yang disalut (dilapisi dan lain-lain) emas, yang dibuat daripada emas:
kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yang ~;
peluang ~
peluang yang paling baik;

peremasan
1. barang-barang emas;

2. lapis emas;
adat ~ [sastera lama] adat berkenaan perjanjian untuk mengahwinkan kanak-kanak dengan orang yang tertentu apabila ia sudah besar.

emansipasi

1. pembebasan daripada perhambaan;

2. pemberian hak yang sama dalam hukum (wanita mendapat hak yang sama dengan lelaki).

em

unit ukiran linear yang sama dengan saiz poin yang digunakan (enam poin em bermakna enam poin lebar).