emas I

1. sejenis logam berwarna kuning yang mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan seperti cincin, rantai, dan lain-lain);

2. [sastera lama] mata wang (mengandungi 1/16 tahil emas):
bagaimana orang kaya memberi emas hanya se~;
pada masa inilah beras mahal di Riau, berharga enam cupak se~;

3. [kiasan] sesuatu yang tinggi mutunya (mulia, berharga, dan lain-lain):
masa itu ~;

4. [kiasan] wang, wang suap, harta dunia;
~ bertitik [sastera lama] emas yang dicanai:
tangga rumah emas bertuang, ibu tangga ~ bertitik;
~ juita
[sastera lama] kekasih, buah hati;
~ kahwin mas kahwin, mahar;
~ kerajang perada;
~ kertas emas yang berhelai-helai;
~ lanar emas yang halus seperti pasir yang terdapat dalam lanar;
~ lantak emas yang dituang (dicetak) berbatang-batang;
~ liplap emas tiruan;
~ lombong emas yang berada dalam batu-batu keras (diperoleh daripada lombong);
~ mentah emas yang belum dikerjakan;
~ muda emas yang kuning pucat dan rendah mutunya;
~ putih aloi emas yang berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum;
~ sepuluh mutu emas tulen (emas yang 24 karat);
~ tempawan
a) emas yang ditempa;
b) [sastera lama] gelaran (panggilan) pada perempuan yang cantik atau yang dikasihi;
~ tua emas yang sejati, tidak bercampur;
~ urai emas yang halus-halus seperti pasir rupanya;
~ berpeti, kerbau berkandang (peribahasa) harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masing-masing;
bermimpi mendapat ~ takkan membuat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung (peribahasa) sesuatu pertelingkahan itu anggaplah seperti mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan);
hutang ~ dapat dibayar, hutang budi dibawa mati (peribahasa) budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup;
kerana ~ memas, kerana padi menjadi (peribahasa) kerana kekayaan, apa yang dimaksudkan dapat dicapai;
menyeberangi jambatan ~ (peribahasa) berjuang untuk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh;
peti yang berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang (peribahasa) ilmu pengetahuan yang baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja;
seperti ~ yang sudah tersepuh (peribahasa) putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan;
tak ~ bungkal diasah (peribahasa) segala daya upaya dilakukan untuk mencapai maksud;
walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga tampak juga (peribahasa) walau bagaimana sekalipun diajar orang yang biadap, perangainya yang kurang baik kelak akan kelihatan jua;

beremas
1. memakai emas;

2. mempunyai emas:
segala orang yang ~, bagaimana sekalipun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai;

3. [kiasan] berharta, berwang:
kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati (peribahasa) kalau ada pencarian yang tetap akan senanglah kehidupan;

mengemas seperti emas, menyerupai emas:
padi kuning ~;

mengemasi
1. melapisi dan lain-lain dengan emas;

2. menyuap, menumbuk rusuk:
segala orang yang diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya;

keemasan yang disalut (dilapisi dan lain-lain) emas, yang dibuat daripada emas:
kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yang ~;
peluang ~
peluang yang paling baik;

peremasan
1. barang-barang emas;

2. lapis emas;
adat ~ [sastera lama] adat berkenaan perjanjian untuk mengahwinkan kanak-kanak dengan orang yang tertentu apabila ia sudah besar.

berkongsi