berkenaan seseorang yang sukar difahami atau yang suka mengelak.
Author Archives: admin
elus
[Jawa];
mengelus, mengelus-elus
1. mengusap-usap, membelai-belai, menyapu-nyapu dengan perlahan-lahan (untuk memujuk dan lain-lain):
tangannya yang bertelekan di atas tangan kerusi ~ rambutnya ke belakang;
2. memujuk(-mujuk), memperlakukan dengan baik (untuk mempengaruhi dan sebagainya);
elusan
1. usapan, belaian;
2. pujukan.
elon II
mengeloni memihak atau menyebelahi (kepada), memenangkan (satu pihak sahaja).
elon I
[Jakarta];
mengelon, mengeloni memeluk (anak yang hendak tidur) sambil berbaring mengiring.
elok
1. cantik, menarik:
rupanya sangat ~;
tulisannya ~ dan kemas;
2. baik, bagus:
cuaca sangat ~ hari ini;
ikan banyak mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu;
~ buruknya baik ataupun buruknya (sesuatu);
~ basa kan bakal hidup, ~ budi kan bakal mati (peribahasa) kalau elok tegur sapa akan jadi kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi kenang-kenangan sesudah mati;
seelok sama elok dengan, sebaik;
seelok-elok pada waktu, sebaik:
~ Timah bersalin sahaja, ia pun diceraikan;
seelok-eloknya yang paling eloknya, sebaik-baiknya:
~, wang yang lebih itu disimpan di bank;
mengelokkan
1. menjadikan elok (cantik), mencantikkan:
~ rumahnya menjelang hari raya;
2. menjadikan elok (baik, bagus), membaguskan, membaikkan:
~ kelakuan orang;
memperelok adat resam kita;
memperelok menjadikan lebih elok;
keelokan
1. perihal elok (cantik), kecantikan:
ia sekali-kali tidak terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan;
2. perihal elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan:
mustahak dijaga ~ perjalanan enjin.
elm
sejenis pokok yang terdapat di hemisfera utara (mis negara Eropah), daripada genus Ulmus yang daunnya lebar dan bergerigi tepinya, kayunya keras dan berat.
elk
sejenis rusa besar yang terdapat di Eropah Utara, Amerika Utara dan Asia Utara.
elitisme
1. kebanggaan diri menjadi salah seorang daripada anggota kumpulan elit:
~ menjadikan mereka pekerja yang tidak baik;
2. kepimpinan oleh sesuatu kumpulan elit.
elitis
1. berkaitan dengan golongan elit;
2. orang yang percaya kepada atau menyokong elitisme.
elit
kaum (golongan) ~ golongan yang dianggap berpengaruh, intelek, dan sebagainya:
dalam hubungan ini, golongan ~ dan badan politik mempunyai peranan penting.