elektrod

(Fizik) pengalir elektrik yang melaluinya arus elektrik keluar masuk sesuatu bahan (seperti elektrolit, leburan logam, dan lain-lain) atau peranti (seperti tiub elektronik dan lain-lain);
~ hidrogen piawai = ~ piawai (Kimia) elektrod yang digunakan untuk menentukan keupayaan elektrod lain.

elektro-

awalan asing berkaitan dengan tenaga (proses) elektrik, misalnya elektrolisis dan elektrokimia.

elektrik

satu bentuk tenaga yang digunakan untuk menghasilkan cahaya, kepanasan, dan lain-lain;

keelektrikan selok belok elektrik:
dia mengambil satu kursus dalam ~;

pengelektrikan proses (atau perihal) memasang atau melengkapkan sesuatu (jentera, mesin dan sebagainya) dengan tenaga elektrik:
~ kereta api.

elektrifikasi

[Indonesia-Belanda] perlengkapan atau pemasangan tenaga elektrik pada jentera dan lain-lain;

mengelektrifikasi melengkapi atau memasang dengan tenaga elektrik.

elektif

bersifat pilihan (berkenaan (dengan) mata pelajaran sesuatu kursus dan sebagainya):
di Universiti Teknologi Mara terdapat bahasa Jerman yang dijadikan sebagai mata pelajaran ~ wajib.