elang

= helang. bebenang itu yang boleh berubah-ubah memberikan jaringan ini sifat ~ bak getah.

elak

mengelak
1. menjauhkan diri daripada kena pukulan (tikaman dan lain-lain), menghindar, menyisi:
setelah puas ia ~, tibalah gilirannya pula untuk menyerang lawannya;

2. menjauhkan atau membebaskan diri daripada melakukan (atau terpaksa melakukan) sesuatu (tanggungjawab dan lain-lain):
ia pura-pura ~ dan mempelawa orang lain membacakan doa selamat itu;
saya tidak akan ~ kalau diminta berbuat demikian;
tetapi kerajaan Amerika telah mengambil sikap berlengah-lengah, ~, dan bertangguh-tangguh selama tiga tahun;

mengelakkan menjauhkan atau menghindarkan diri daripada kena bahaya (tanggungjawab dan lain-lain), menjauhkan atau menyingkirkan sesuatu supaya jangan mengenai diri dan lain-lain:
ia hendak ~ dirinya daripada pandangan teman-temannya itu;
Panglima Hitam melompat ~ tikaman itu;

terelak dapat (boleh) dielakkan;

terelakkan dapat dielakkan:
munculnya cahaya daripada matahari yang tidak ~;

pengelakan perihal menjauhkan atau menghindarkan diri daripada tanggungjawab atau membebaskan diri daripada terpaksa melakukan sesuatu perkara;

pengelak orang yang mengelak atau menggelakkan diri daripada sesuatu:
pelabur institusi lebih bersikap sebagai ~ risiko terhadap saham spekulatif;
~ cukai.

ela

ukuran panjang yang sama dengan 36 inci atau 91 sentimeter;
~ Piawai Diraja ukuran panjang ela yang ditetapkan oleh undang-undang British (Imperial Standard Yard).

ekzos

paip yang menyalurkan gas dan lain-lain keluar dari enjin sesebuah kenderaan.

ekuiti

pemilikan saham biasa (dalam sesebuah syarikat):
dalam projek usaha sama, jika ~ sesebuah syarikat dapat dikuasai oleh pengusaha tempatan, ini tidak bermakna bahawa pengawalan teknologi yang diimport juga dapat dikuasai sepenuhnya.

ekuinoks

satu daripada dua ketika setiap tahun (pada 21 Mac atau 23 September) apabila matahari melintasi khatulistiwa lalu menjadikan siang dan malam sama panjangnya di serata tempat di dunia.

ekstrovert

(Psikologi) orang yang berminat terhadap hal yang berlaku di sekitarnya (di luar dirinya, dan tidak mengikut emosi) serta suka bergaul dengan orang lain, orang yang berfikiran terbuka.