berasal atau bertindak dari luar.
Author Archives: admin
ekstremisme
faham (sikap, perlakuan, dan sebagainya) yang ekstrem;
~ agama bukan lagi merupakan ancaman terbesar di Malaysia.
ekstremis
orang (golongan) yang sikapnya (pendiriannya) dalam sesuatu hal (seperti politik) melampaui batas kesederhanaan, pelampau:
sesetengah orang telah mencanangkan rasa kurang senang mereka terhadap pelantikan itu kerana beliau dianggap sebagai ~.
ekstrem
keterlaluan, melampau;
keekstreman perihal (keadaan) ekstrem.
ekstravaganza
bentuk persembahan hiburan yang besar-besaran, canggih, berwarna-warni, mahal dan sebagainya:
ramai pelancong asing yang membanjiri negara untuk menyaksikan perarakan ~ kebudayaan terbesar di Asia itu.
ekstrasel
(Biologi) berlaku atau terletak di luar sel.
ekstrapolasi
proses menggunakan logik atau fakta bagi menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pada masa depan:
pengitlakan semesta sains mesti dilihat sebagai suatu ~;
mengekstrapolasi melakukan atau membuat ekstrapolasi.
ekstranei
[Indonesia-Belanda] orang yang mengambil peperiksaan (sekolah menengah dan lain-lain) dengan tidak mengikuti pelajaran (sekolah menengah dan lain-lain) secara rasmi.
ekstrak
keluaran bahan tertentu daripada sesuatu bahan tumbuhan, haiwan, dan lain-lain:
~ vitamin C daripada buah oren;
mengekstrak mendapatkan (jus dan sebagainya) secara menghancurkan, menekan, menyuling dan sebagainya:
~ jus daripada nanas;
pengekstrakan proses (perbuatan atau tindakan) mengekstrak:
~ protein daripada kacang soya;
pengekstrak
1. alat atau mesin untuk mengekstrak:
kakitangan loji pandu itu juga berjaya mencipta ~ cecair tekanan rendah dengan kerjasama pakar dari Switzerland;
2. (Kimia) bahan untuk memisahkan sesuatu sebatian daripada campuran, atau memisahkan gabungan beberapa sebatian daripada tisu atau dadah mentah:
asid itu merupakan pelarut, pencuci dan ~ untuk bahan organik.
ekstradisi
(Undang-undang) pengembalian penjenayah oleh sesebuah negara ke negara tempat jenayah dilakukan atas permintaan negara itu supaya penjenayah tersebut dapat dibicarakan di negara berkenaan;
mengekstradisi melakukan ekstradisi:
Amerika Syarikat tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan khusus kepada kerajaan Malaysia untuk ~ mana-mana pengganas.