ekstasi

sejenis dadah berbahaya berbentuk pil yang bertindak sebagai perangsang (menimbulkan rasa gembira dan bertenaga yang luar biasa) dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga boleh merosakkan sistem saraf pusat.

ekspresionisme

gaya penulisan, lukisan, muzik, dan sebagainya yang cuba melahirkan pengalaman seniman dari sudut emosi (bukan berdasarkan fakta yang nyata).

ekspresif

berkenaan sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dan lain-lain) yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas:
sama ada melalui cetakan atau catan, Ghafar lebih memperlihatkan kesan ~.

ekspresi

pelahiran maksud (perasaan dan sebagainya) dengan kata-kata (gerak-geri dan lain-lain):
tanpa menonjolkan simbol yang berlebihan ~nya, dan tanpa mempedulikan teknik persembahan;

mengekspresikan menyatakan atau meluahkan perasaan, fikiran, dan lain-lain.

ekspres

segera, cepat, pantas;
bas (kereta api) ~ bas (kereta api) yang tidak singgah-menyinggah atau yang cepat tiba dalam perjalanan jauh.

eksposisi

1. pameran (terutamanya keluaran perindustrian, kerja tangan), ekspo;

2. pernyataan (komen, penjelasan bertulis dan sistematik) tentang sesuatu perkara:
sejarah kesusasteraan ini merupakan suatu ~ persambungan dan perubahan alam fikiran.

eksport

1. penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negeri untuk tujuan perdagangan:
ekonomi negara ini akan merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang;
dalam hal ~ kita banyak bergantung pada bahan-bahan mentah;

2. barang-barang atau perkhidmatan yang dihantar ke luar negeri:
hasil daripada buah-buahan adalah ~ utama negeri itu;
~ berkembang
(Ekonomi) eksport yang semakin bertambah;
~ semasa (Ekonomi) eksport yang sedang berjalan pada masa ini (sekarang);

3. (Komputer) menghantar keluar maklumat atau data daripada suatu atur cara dalam bentuk yang boleh dibaca oleh atur cara lain;

mengeksport,

mengeksportkan mengirimkan barang-barang dan lain-lain ke luar negeri:
dari pelabuhan ini mudah pula ~ barang-barang itu ke pasaran luar;
semua negara yang moden mesti mengimport dan ~ barang-barang dagangan;

pengeksportan perihal atau perbuatan mengeksport;

pengeksport orang (syarikat dan lain-lain) yang mengeksport.