[kata seru] kata untuk memperkecil-kecil seseorang:
~ , ingat dia lawa!
Author Archives: admin
elegi
lagu, puisi, atau karya lain yang menyatakan kelebihan, rintihan, terutamanya kepada orang yang mati.
elegan
tampan, rapi, anggun:
dia kelihatan begitu ~ dengan mengenakan pakaian yang dicipta khas oleh pereka fesyen.
elefantiasis
(Perubatan) penyakit yang menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, untut.
ele
[Terengganu]
1. cicir, berciciran;
2. menyeret-nyeret dengan memegang pada hujung (ular untuk menakuntukan kanak-kanak).
elaun
bayaran yang diberikan kepada seseorang (oleh sesebuah organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan sesuatu tugas):
~ ahli Dewan Rakyat telah dinaikkan;
~ anak elaun untuk dibelanjakan ke atas anak;
~ bermalam elaun yang diberikan kerana terpaksa bermalam di sesuatu tempat (kerana menjalankan tugas);
~ buku elaun untuk membeli buku;
~ harian elaun yang diberikan kepada pegawai kerajaan yang bertugas di luar ibu pejabatnya bagi tempoh yang melebihi lapan jam tetapi kurang daripada 24 jam;
~ hitungan batu elaun perjalanan yang dikira mengikut jauh perjalanan (dengan kereta);
~ keraian elaun untuk atau kerana meraikan seseorang;
~ kerja malam elaun kerana kerja yang terpaksa dilaksanakan pada malam hari;
~ lebih masa elaun kerana kerja yang terpaksa dilaksanakan di luar masa pejabat;
~ luar negeri = ~ seberang laut elaun kerana bekerja di luar negeri;
~ makan elaun untuk perbelanjaan makan;
~ pakaian elaun untuk membeli pakaian tertentu;
~ pemangku elaun yang diberikan kerana memangku sesuatu jawatan;
~ perjalanan elaun untuk membiayai perbelanjaan perjalanan pekerja yang menjalankan tugas rasmi;
~ perumahan elaun untuk membayar sewa rumah dan sebagainya;
~ sara hidup elaun yang diberikan kepada pekerja sebagai tambahan kepada gajinya untuk menampung perbelanjaan hariannya;
~ susah payah elaun kerana terpaksa menghadapi kesusahan sewaktu menjalankan tugas;
~ tanggungan kerja elaun yang diberikan kerana melaksanakan kerja dan tanggungjawab petugas atau jawatan lain di samping menjalankan tugas asasi seseorang.
elat
mengelat melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menipu (dalam permainan dan lain-lain), mencuri tulang;
pengelat orang yang suka mengelat.
elastis
[Indonesia-Belanda] elastik.
elastin
(Biologi) protein berwarna kuning yang menjadi unsur utama tisu penghubung dalam haiwan, seperti tisu paru-paru.
elastik
boleh kembali kepada bentuk asal selepas diregang (dikembangkan dan sebagainya), anjal, kenyal;