reka

1. = reka-reka [arkaik] aturan, tindakan:
mengambil ~ untuk menyelamatkan dirinya;

2. = rekaan (sesuatu) yang dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan:
kita tumpukan perhatian kita pada sebuah keluarga Jepun rekaan kita;
cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan;

3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar:
ia seorang yang banyak ~nya;
~ letak
susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pada iklan atau halaman buku, surat khabar, dan lain-lain;

mereka, mereka-reka
1. menyusun (memasang, mengatur, mengarang) baik-baik:
perlembagaan itu telah direka oleh orang yang bijak pandai;
sedikit sekali pengarang kita yang dapat ~ cerita-cerita yang bermutu tinggi;
siapa tahu kalau cerita itu direka-reka;

2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar):
sepanjang minggu, ia mereka-reka keputusan yang akan diambilnya nanti;

3. memikirkan (sesuatu), merancang, merencanakan:
seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu;
dia ~ jawaban yang akan diberikan esok;

4. membayangkan (dalam angan-angan), mencita-citakan:
ia mereka-reka siapa yang patut menjadi suaminya;

5. menduga, mengagak-agakkan, mengira-ngirakan:
tidak ada orang yang ~ bahawa ia akan terpilih sebagai wakil rakyat;

rekaan, reka-rekaan
1. karangan (khayal), cerita karangan:
cerita ini semata-mata ~;

2. buatan, ciptaan:
reka-rekaan baharu yang dicipta oleh ahli-ahli sains;
~ bunga
ciptaan bunga;

3. angan-angan, fantasi, rancangan;

4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan;

perekaan perbuatan mereka:
~ mesingan menyebabkan perang menjadi perkara yang usang;

pereka orang yang mereka (mereka-reka).

berkongsi