perihal

1. keadaan:
sebenarnya saya merantau ke Sumatera ini kerana hendak melihat adat temasya dan ~ negeri-negeri Melayu di sini;

2. hal, kejadian, peristiwa:
telah dilihat oleh baginda ~ itu, maka baginda pun terlalu marah;

3. tentang hal (kejadian dan lain-lain), tentang keadaan, mengenai (sesuatu atau seseorang):
ia bertanya ~ nasib ibunya sepeninggalannya hampir-hampir dua tahun itu;

memerihalkan mengisahkan, menceritakan, menyatakan (tentang sesuatu) dengan jelas, menerangkan, menghuraikan:
boleh dikatakan ketiga-tiga teks itu agak lengkap ~ cara istiadat itu dilaksanakan;

berkongsi