perih

[Jawa]

1. pedih:
masing-masing berasa ~ perut kerana belum makan lagi;

2. [kiasan] payah, susah, tidak senang:
kalau engkau lama di kampung engkau akan mengetahui bagaimana ~nya kehidupan petani-petani di kampung ini;
jerih ~
susah payah;

memerihkan menyusahkan, tidak menyenangkan;

keperihan
1. kepedihan, kesakitan:
setitik air sabun yang masuk ke matanya menyebabkan ~;

2. [kiasan] perasaan tidak senang (tidak gembira dan lain-lain), kepahitan, kepedihan (perasaan):
dia sendiri dapat berasa ~ yang mencengkam hatinya itu.

berkongsi