lubang (yang digali dalam tanah) untuk mendapatkan air, sumur:
kerana tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pada ~ sahaja untuk mendapat air;
~ buta perigi yang tidak mengandungi air lagi;
~ wakaf perigi untuk digunakan oleh orang ramai;
lopak (men)jadi ~ (peribahasa) naik darjat (menjadi kaya dan lain-lain);
orang yang menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? (peribahasa) orang yang hampir dengan orang yang berilmu (kaya dan lain-lain) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dan lain-lain);
sebab berkelahi dengan ~ akhirnya mati dahaga (peribahasa) jangan menentang orang yang berkuasa nanti kita juga yang mendapat kesusahan.
berkongsi