rasa

1. perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh (kulit dan lain-lain apabila kena sesuatu):
~ manis (tawar, masam, masin, dan lain-lain);
~ pedih (sakit, ngilu, dan lain-lain);
~ badanku seperti dibakar dengan api;

2. tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa:
gula manis ~nya;

3. = ~ hati keadaan hati terhadap sesuatu:
~ sedih (kecewa, pilu, senang, dan lain-lain);
~ hormat (cinta, sayang, takut, dan lain-lain);
mengikut ~, binasa;

4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dan lain-lain), pendapat, fikiran:
~ adil dan saksama;
pada ~ saya
pada pendapat saya;

5. = rasa-rasa, rasanya, rasa-rasanya agaknya, barangkali, gerangan, kalau-kalau, kira-kira, rupa-rupanya:
rasanya sedikit benar orang yang mengetahuinya;

6. = rasanya, serasa, rasa-rasa, serasa-rasa, rasakan sama rasanya dengan, seakan-akan, seolah-olah, selaku:
dia sendiri serasa mengalami semula pengalaman Hilmy di sekolahnya;
biadab di hadapan Bendahara itu rasa-rasa di hadapan kita;
Amran rasa-rasa mendidih darahnya mendengar ucapan itu;
rasakan lebih enak daripada rokok kita pasak kampung;
serasa bayang
hilang semangat;

7. = rasa-rasa ada ingatan, ada terlintas di hati (bagi menyatakan bimbang, ragu-ragu):
~ hendak dipukulnya pencuri itu habis-habisan;

8. memikir, mengagak, menganggap:
saya ~ dia belum pulang lagi;
dia ~ tidak ada gunanya mengamuk;
~ akan
rasakan, bagaikan, seolah-olah oleh;
turuntukan ~ binasa, turuntukan hati mati (peribahasa) perihal orang yang menuruntukan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya binasa juga;
yang dimakan ~, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi (peribahasa) melihat sesuatu menurut keadaannya yang terbukti dan sudah dipersaksikan;

berasa
1. mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian-bahagian badan):
kakinya ~ sengal;
seluruh badannya ~ sakit;

2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dan lain-lain):
kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin;
air ialah suatu cecair yang tidak berwarna, ~, atau berbau;

3. mengalami rasa di dalam hati (batin):
orang Melayu lekas ~ tersinggung;
~ suka;
~ takut;

4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi;
maka ~ kepada dadanya seperti kena panah;
~ berat
berasa tidak sanggup, berasa di luar kekuasaan (kesanggupan);
~ hati
a) ingin akan sesuatu, tertarik kepada;
b) berasa kecewa, tidak senang hati, agak marah;
c) tersinggung;

merasa
1. mengalami rasa dengan lidah:
air itu dirasanya masin;

2. mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh:
setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris;
nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China;

3. = merasa-rasa mencuba dengan lidah untuk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dan lain-lain):
ia ~ gula itu;
dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu;

4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dan lain-lain) untuk mengetahui kasar halusnya (berat tidaknya dan lain-lain):
licin tidaknya dapat dirasa sendiri dengan tangan;

merasai
1. mengecap (makanan, minuman, dan lain-lain), mencicip:
alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya;
rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan;

2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dan lain-lain):
kesenangan dan kemewahan hidup yang dirasainya itu ialah daripada harta isterinya;
belum pernah ia ~ hidup senang seperti orang-orang lain;

3. menderita (kesusahan, sengsara, dan lain-lain):
barulah hamba ~ sengsara hidup di dalam penjara;
mereka akan ~ duka nestapa yang tidak terkira-kira lagi;
rasai olehmu balasan kekasaran tingkahmu;

4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak mengetahui dengan tangan dan lain-lain:
rasa-rasai dahulu dengan kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu;

5. [kiasan] menduga (mengajuk, mengkaji, meninjau, dan lain-lain) hati orang dan lain-lain:
daripada air mukanya, kita dapat ~ apa yang terkandung dalam hati perutnya;
syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan;

6. mengalami rasa dalam hati (batin):
dirasainya cintanya pada wanita itu kian lumpuh;

7. [sastera lama] menyedari, menginsafi:
duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana;

merasakan
1. = memperasakan membiarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai:
ia mencuba sungguh-sungguh untuk ~ fahamnya kepada seluruh pendengarnya;

2. merasai, menginsafi, memikirkan, mengendahkan:
beliau masih dirasakan penting untuk memimpin Jabatan itu;
untuk memberikan nilai kepada sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu;
dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya untuk menjaga dirinya sudah semakin bertambah;

3. merasai, menderita:
saya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami;
air matanya berderai menahan pedih yang dirasakannya;

terasa dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dengan tiba-tiba:
penat membawa barang-barang itu semakin ~;
~ sekarang belanja kita berlebihan daripada biasa;
akhirnya ~ senang juga hatinya;

terasakan terasa akan:
dia ~ sesuatu yang memilukan hatinya;

kerasaan mendapat rasa, dapat dirasa;

perasaan
1. perihal merasa(i) dengan badan atau kulit dan lain-lain, hasil atau perbuatan merasa dengan badan atau kulit dan lain-lain:
makanan yang lama tinggal dalam perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yang tidak menyenangkan;

2. perihal merasa(i) dalam hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dalam hati atau batin, sentimen:
seorang gadis yang sangat halus ~nya;
~ kurang senang;
tunjuk ~
perbuatan menyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi;

3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) untuk merasa(i):
seekor tikus menangkap mangsanya dengan ~;
tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh;

4. fikiran, pendapat, pertimbangan:
bagaimana ~ tuan berkenaan dengan masalah ini?;
~ perkauman
sentimen yang berdasarkan kaum;

berperasaan
1. ada atau mempunyai perasaan:
orang yang tidak ~;
mereka ~ mulia dan tinggi budi;

2. penuh dengan perasaan:
pelukannya menjadi semakin kuat dan ~;

perasa
1. = alat ~ alat atau bahagian badan untuk merasa(i);
organ ~ lidah dan lain-lain;

2. mudah (berasa):
ia seorang tua ~ yang sering mengeluarkan air mata apabila berhadapan dengan anak-anak yatim;
~ angin
lekas tersinggung;

3. benda yang memberi rasa (pada masakan dan lain-lain);
serbuk ~ serbuk yang dipakai untuk menyedapkan rasa masakan;

berperasa mempunyai perasa (berkenaan (dengan) makanan):
biskut krim ~ buah-buahan.

berkongsi