1. keharusan (yang tidak dapat dielakkan), kemestian:
sembahyang dan puasa antara perkara yang menjadi ~ bagi orang Islam;
2. menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu dan lain-lain), harus, terpaksa:
tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon;
penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun untuk mendapat hasilnya;
tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah;
3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting:
kerjasama petani-petani adalah ~ untuk menjayakan rancangan tersebut;
sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kepada kita;
4. = ~ akan (dengan) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan):
untuk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan;
5. sesuatu yang dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepentingan:
ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?;
apa ~nya apa gunanya (sebabnya);
6. = ~ untuk untuk, bagi, buat, guna:
ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya;
seperlunya sekadar (setakat) yang perlu sahaja, jika perlu sahaja:
ia sedia memberi bantuan ~;
memerlukan
1. menjadikan perlu, memestikan, mewajibkan:
ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka;
2. menghendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar:
negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera;
3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu daripada perkara (kerja) lain;
perlu-memerlukan saling memerlukan:
mereka hidup dalam masyarakat yang ~ antara seorang dengan yang lain;
keperluan
1. perihal perlu:
~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung;
2. sesuatu yang diperlukan, keharusan, kemestian:
undang-undang yang sempurna dan adil adalah suatu ~ untuk mencapai pemerintahan yang baik;
3. sesuatu yang diperlukan (dikehendaki), sesuatu yang berguna, kepentingan:
wang daripada gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup untuk keluarganya;
~ bersama kepentingan bersama;
untuk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan untuk;
4. hajat, kehendak, maksud, tujuan:
ia tidak ada ~ apa-apa, hanya untuk berkenal-kenal dengan mereka sahaja.