tarik, lawan tolak (dorong, sorong);
tolak (menolak) ~
a) beri-memberi serta ambil-mengambil;
b) tawar-menawar (berjual beli);
meraih
1. menarik kepada diri sendiri:
Sufian diraihnya ke dadanya;
ia ~ anak itu ke dalam rangkulannya;
~ dayung;
2. [kiasan] menarik (hati), memikat (orang dan lain-lain);
~ hati menarik hati;
3. memborong untuk menjual lagi (barang dagangan):
kerjanya ~ ikan untuk dibawa ke kampung-kampung;
4. memperoleh, mendapatkan, mengumpulkan:
memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu;
dia hanya berjaya ~ pingat perak dalam acara 200 meter;
~ pekung ke dada (peribahasa) sengaja mencari malu atau bencana;
~ pangkur ke dada (peribahasa) insaf akan diri sendiri;
malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih (peribahasa) segala-galanya terserah kepada untung (nasib);
peraih
1. pedagang yang membeli barang dengan jumlah yang banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah;
2. sampan untuk berdagang (memborong barang-barang dan menjualnya);
berjagal ~ [Minangkabau] berjual beli barang dalam jumlah yang banyak, memborong.