1. berasa senang (kenyang, lega, dan lain-lain) kerana sudah mendapat secukup-cukupnya:
sesudah sepinggan penuh ~lah ia;
2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati:
rakyat berasa ~ dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan;
3. lebih daripada cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu:
~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga;
~ hati berpuas hati;
~ lelas puas sungguh-sungguh;
puas-puas hingga puas (jemu):
Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~;
belum ~ belum jemu-jemu;
tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya;
sepuas-puas;
~ hati = ~nya hingga puas (kenyang dan lain-lain), hingga jemu (tidak mahu lagi):
budak itu diciumnya ~ hati;
biarlah mereka mengatakan hal kita ~nya;
berpuas;
~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dan lain-lain);
memuaskan
1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dan lain-lain) hingga puas:
wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir;
buah anggur sangat ~ selera saya;
2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dan lain-lain) kepada, menyenangkan, menyukakan:
layanannya ~;
ia ingin berbuat sesuatu yang dapat ~ hati ibunya;
3. memadai (harapan, hasrat, dan lain-lain), menyenangkan:
pendapatan daripada hasil padi tahun ini agak ~;
~ dahaga (haus) minum hingga hilang dahaga;
~ dendam membalas dendam;
~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hatinya;
~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya;
kepuasan perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan:
mencari ~ dan ketenteraman jiwa;
ketidakpuasan perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati;
pemuasan perihal memuaskan:
~ nafsu;