amin

[Arab]

1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa berdoa):
doa itu diakhiri dengan mengucapkan ~;
bertadah ~
bertadah tangan sambil mengucapkan amin;

2. orang yang dapat dipercayai dengan sesuatu amanah;

mengamini, mengaminkan
1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dengan mengucapkan amin:
lebai pun membaca doa dan semua yang hadir ~;

2. [kiasan] membenarkan, mengiakan, menyetujui:
apa yang dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya.

amin-amin

sejenis tumbuhan (pokok), Sebastiana chamaelea;
~ buah
sejenis tumbuhan (pokok), dukung(-dukung) anak, rami buah, turi hutan, Phyllanthus niruri.

amino

(Kimia) mengandungi atau terdiri daripada satu atom nitrogen dan dua atom hidrogen (NH2) (berkenaan (dengan) bahan kimia dan sebagainya):
asid ~;
kumpulan ~.

amir

[Arab]

1. orang yang memegang perintah, pemimpin;
~ al-bahar = amirulbahar laksamana;
~ almukminin, amirulmukminin pemimpin sekalian orang Islam (gelaran khalifah dan sultan yang besar-besar);
~ haji = ~ al-haj = amirulhaj pemimpin jemaah haji;

2. [arkaik] gelaran wakil Sultan Riau di Pulau Tujuh.

amit I

[Jawa] pengamitan pemberian mempelai kepada mentua tatkala meninggalkan rumah mentuanya.

amit II

[kata seru] makanan ringan yang tidak mengenyangkan dan dimakan semasa berehat:
penjualan ~ di kantin sekolah perlu dikawal kerana boleh menjejaskan kesihatan pelajar.