ambur II

[Brunei] tabur, hambur;
padi ~ sejenis padi yang ditanam secara dihambur atau ditabur benihnya.

ameba

(Biologi) sejenis hidupan satu sel yang senantiasa berubah bentuknya, terdiri daripada berbagai-bagai jenis (hidup dalam air atau juga dalam tubuh binatang dan manusia sebagai parasit).

ameboid

(Biologi) berkaitan dengan atau menyerupai ameba, sama ada dari segi bentuk, struktur atau pergerakan.

ameliorasi

(Linguistik) perubahan makna sesuatu kata daripada makna yang kurang elok kepada makna yang lebih baik, misalnya canggih yang dahulunya bermakna terlalu banyak bercakap berubah kepada moden dan hebat.

amen

mengamen [Jakarta] berjalan dari rumah ke rumah sambil bernyanyi dan bermain muzik:
dia pergi ~;

pengamen orang yang mengamen:
ia temui satu rombongan ~ keroncong.

amendemen

[Indonesia] usul pindaan rang undang-undang yang dibahaskan dalam parlimen dan lain-lain.

Amerika

= ~ Syarikat negara di Amerika Utara yang ibu negaranya Washington D.C;

mengamerikakan membuat, menyebabkan, atau menjadikan seseorang atau sesuatu mempunyai (mengikut, menyerap dan sebagainya) ciri atau nilai hidup (budaya, adat dan sebagainya) Amerika:
beliau menyifatkan sebarang penarikan semula sekatan senjata akan ~ konflik di negara Balkan itu;

keamerikaan hal yang berkaitan dengan ciri-ciri (nilai, amalan, adat, dan sebagainya) kehidupan, budaya dan sebagainya orang Amerika:
sarjana sastera di Amerika Syarikat kini lari kepada teori yang berkembang di Eropah dengan meninggalkan ~ yang melekat pada ideologi baru;

pengamerikaan perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) mengamerikakan:
ini bukanlah bermakna bahawa proses ~ tidak ditanggap sebagai ancaman kepada identiti budaya pada satu-satu tahap.

Amerikanisme (amrikanisme) budaya (amalan hidup) orang Amerika Syarikat.