enggan

tidak mahu, tidak suka:
jika seperti itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit itu;
ia ~ berjalan dengan Ramli;
~ jikalau [sastera lama] kecuali (melainkan, jika tidak);
~ seribu daya, mahu sepatah kata (peribahasa) jika tidak mahu (suka) selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu hanya sedikit sahaja jawabnya;

enggan-enggan hendak tidak hendak, mahu tidak mahu;

mengenggankan tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak akan, tidak suka (setuju) akan:
rasa tidak ada jaminan ~ mereka melanjuntukan pekerjaan itu;

keengganan ketidaksudian, ketidakmahuan:
~nya untuk ikut serta dalam pertemuan itu menimbulkan tanda tanya;
mereka ~ untuk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dari kampung mereka.

enggang I

sejenis burung dalam famili Bucerotidae (yang ada cula di atas paruhnya yang besar), burung jawa;
~ belantara sejenis burung, Rhyticeros plicatus;
~ belukar = ~ buluh
sejenis burung, Anorrhinus galeritus;
~ bulu = ~ jambul putih
sejenis burung, Berenicornis comatus;
~ papan
sejenis burung, Buceros bicornis;
~ lilin = ~ kenyalang
sejenis burung, Buceros rhinoceros;~ apa kepada ~, orang apa kepada orang (peribahasa) susah senang kita, kita yang merasakannya, susah senang orang tinggallah pada orang (masing-masing menjaga sendiri);
~ lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya (peribahasa) menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dan lain-lain kejadian itu;
burung pipit sama ~ , (mana boleh sama terbang) (peribahasa) perhubungan atau perjodohan yang tidak sama padan, manakan boleh selamat;
makanan ~ hendak dimakan oleh pipit (peribahasa) hendak melakukan sesuatu yang bukan padan dengan taraf (kesanggupan dan lain-lain);
(men)dengar(kan) cakap ~ (peribahasa) mendengarkan cakap orang atau musuh binasa sudahnya;
pipit meminang anak ~ (peribahasa) orang yang miskin (kecil-kecil dan lain-lain) meminang anak orang kaya (besar-besar dan lain-lain) tentu tidak munasabah;
selama ~ mengeram (peribahasa) lama benar;
yang ~ sama ~ juga, yang pipit sama pipit juga (peribahasa) berkaum (berkahwin dan lain-lain) elok dengan yang sama pangkat (kedudukan, taraf, dan lain-lain).

engkah II

engkah-engkah, engkah-engkahan
1. belum empuk, masih keras, setengah masak (benda yang direbus);

2. mengkal, belum masak betul (buah-buahan).