endoskop

alat untuk memeriksa bahagian dalam organ yang berongga, seperti pundi kencing dan usus.

endosperma

(Biologi) tisu pada kantung embrio tumbuhan berbiji, yang lazimnya menyimpan bahan makanan yang terurai semasa proses percambahan.

endus

[Jakarta];

mengendus
1. mencium atau menghidu (bau);

2. [kiasan] mencium, mulai menyedari atau mendapat tahu akan sesuatu (rahsia, gelagat, maksud, dan lain-lain):
konflik inilah yang sampai bocor dan diendus oleh orang surat khabar;
aku sendiri memang sudah ~nya sejak tadi lagi;

terendus [kiasan] tercium, diketahui:
Yusof ragu sebentar, takut kalau-kalau ~ bahawa apa yang dikatakannya itu sekadar ingin memulai pembicaraan saja.

endut I

[bahasa percakapan] teman lelaki atau teman wanita;

berendut
1. bertemu atau keluar dengan endut untuk berbual-bual mesra, makan dan sebagainya;

2. mempunyai endut.

endut II

endut-endutan [Indonesia], [bahasa percakapan] bergerak-gerak, berdenyut-denyut, berdebar-debar.