enema

(Perubatan)

1. pemasukan cecair ke dalam dubur, terutamanya untuk memudahkan buang air besar;

2. cecair yang dimasukkan ke dalam dubur, terutamanya untuk memudahkan buang air besar.

enes

[Jawa];

mengenes merana kerana berasa sedih atau pilu dalam hati;

mengeneskan memilukan, menyedihkan.

engah

engah-engah, mengengah-engah, terengah-engah
1. mengap-ngap, tercungap-cungap, termengah-mengah:
setibanya di atas jambatan, ia menurunkan barang-barang itu dengan terengah-engah;

2. [kiasan] tergesa-gesa, cepat.