[Jawa] burung gagak, Corvus spp.
engkap
engkap-engkip, terengkap-engkip turun naik (seperti rumput dipijak);
~ bagai rumput di tengah jalan (peribahasa) hidup merana kerana sakit atau miskin.
engkau
ganti nama diri kedua (untuk orang yang setaraf atau yang lebih rendah, digunakan juga untuk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak;
lawan aku;
si engkau [sastera lama] orang yang disebut engkau, orang rendahan:
jikalau umpama ~ si aku sekalipun, jika dengan titah tuanku patik sekalian pertuanlah;
berengkau menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-cakap untuk menunjukkan hubungan yang mesra dan tidak formal:
tapi baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~ berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya.
engkerurai
(Seni Muzik) sejenis alat tiup kaum Iban.
engkil
terengkil benggal-benggil (berkenaan (dengan) kulit batang kayu).
engkip
engkap-~;
= engkap.
engko I
[Cina] abang, kakak.
engko II
[bahasa percakapan] berkawan, bersekutu atau berpakat (dengan), berkongsi berniaga;
engkoan [bahasa percakapan] syarikat perdagangan bersama, perniagaan bersama.
engkoh
[Perak];
~nya rupa-rupanya.
engkol
sejenis alat untuk memusing (menghidupkan) enjin kereta dan lain-lain;
mengengkol memutarkan engkol (untuk menghidupkan enjin kereta dan lain-lain).