sejenis burung dalam famili Bucerotidae (yang ada cula di atas paruhnya yang besar), burung jawa;
~ belantara sejenis burung, Rhyticeros plicatus;
~ belukar = ~ buluh sejenis burung, Anorrhinus galeritus;
~ bulu = ~ jambul putih sejenis burung, Berenicornis comatus;
~ papan sejenis burung, Buceros bicornis;
~ lilin = ~ kenyalang sejenis burung, Buceros rhinoceros;~ apa kepada ~, orang apa kepada orang (peribahasa) susah senang kita, kita yang merasakannya, susah senang orang tinggallah pada orang (masing-masing menjaga sendiri);
~ lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya (peribahasa) menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dan lain-lain kejadian itu;
burung pipit sama ~ , (mana boleh sama terbang) (peribahasa) perhubungan atau perjodohan yang tidak sama padan, manakan boleh selamat;
makanan ~ hendak dimakan oleh pipit (peribahasa) hendak melakukan sesuatu yang bukan padan dengan taraf (kesanggupan dan lain-lain);
(men)dengar(kan) cakap ~ (peribahasa) mendengarkan cakap orang atau musuh binasa sudahnya;
pipit meminang anak ~ (peribahasa) orang yang miskin (kecil-kecil dan lain-lain) meminang anak orang kaya (besar-besar dan lain-lain) tentu tidak munasabah;
selama ~ mengeram (peribahasa) lama benar;
yang ~ sama ~ juga, yang pipit sama pipit juga (peribahasa) berkaum (berkahwin dan lain-lain) elok dengan yang sama pangkat (kedudukan, taraf, dan lain-lain).
enggang I
berkongsi