emosi

perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut, dan lain-lain:
masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yang kurang sihat;
ada juga beberapa perkara lagi yang perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan menangis;

beremosi mempunyai emosi:
peluang komunikasi seperti itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~.

emosional

cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan:pada waktu begini, perasaan muda-mudi amat sensitif dan ~ sekali.

emotif

berhubungan dengan emosi:
pembangunan merupakan suatu perkataan yang ~ sifatnya.

empang I

1. = empangan, pengempang tambak dan lain-lain untuk menahan arus atau aliran air (untuk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dan lain-lain), bendung, tebat:
empangan moden telah dibina untuk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik;

2. kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat;

3. [kiasan] penghalang, perintang:
malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya;
~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit
(peribahasa)
a) perselisihan yang tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi;
b) aturan (perintah) yang tidak boleh diubah (dilalui);

berempangan mempunyai empangan:
sungai yang ~;

mengempang
1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dengan mendirikan tembok, benteng dan sebagainya) untuk menahan aliran air sungai dan sebagainya, membendung (dengan membina empangan), menebat:
lembah-lembah sungai yang kecil telah diempang di kawasan bukit ini untuk dijadikan kolam air;

2. berada atau terletak dalam keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dan lain-lain), melintangi:
jalan raya itu penuh sesak dengan kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan;

3. [kiasan] menahan, menghalang, menghambat:
lajunya tidak dapat diempang;

terempang terbendung, tertebat, tertahan;
tiada ~ peluru oleh lalang (peribahasa) kemahuan orang yang berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yang lemah;

pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan:
teknologi ~ yang cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya daripada teknologi yang dihasilkan di Barat sekarang ini;

pengempang empang(an).

empap

[Minangkabau]

1. campak, lempar, hempas;

2. = berempap bermain judi dengan melambungkan atau melemparkan wang ke atas;
pergi ~ pulang eban [Minangkabau] (peribahasa) (perihal berjudi) tidak menang, tidak kalah (pulang modal);

mengempapkan menghempaskan, menjatuhkan kuat-kuat;

terempap jatuh terhempas atau tertiarap.

empar

mengempar hanyut keluar dari arah yang dituju (berkenaan (dengan) perahu dan lain-lain), menyerong keluar, bergerak (berpusing) keluar dari pusatnya;
berjalan ~ berjalan dengan kaki membuang (melangkah) keluar;

mengemparkan (Fizik) memisahkan pepejal daripada cecair atau memisahkan campuran cecair yang mempunyai graviti tentu yang berbeza secara putaran mendatar yang laju:
dengan cara ~ darah beku ini, bahan tersebut dapat diperah keluar;

pengemparan (Fizik) pemisahan pepejal daripada cecair atau pemisahan campuran cecair yang mempunyai graviti tentu yang berbeza secara putaran mendatar yang laju;

pengempar;
alat ~ sejenis mesin yang berputar ligat (untuk mengasing-asingkan benda-benda pejal daripada cecair atau cecair daripada cecair yang lain).

empat

bilangan tiga dicampur satu (4, IV);
~ belas bilangan sepuluh ditambah empat (14, XIV);
~ puluh empat kali sepuluh (40, XL);
~ ratus empat kali seratus (400, CD);
~ besar empat negara yang berkuasa (empat orang dan lain-lain yang berpangkat);
~ likur ark 24;
~ penahap (penjuru) alam = ~ tepas dunia empat arah yang ada di dunia (utara, selatan, timur, dan barat);
~ persegi bidang yang empat seginya dan mempunyai sisi yang sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90 (segi empat sama);
~ ratus serba dua pemberian daripada pengantin laki-laki kepada pengantin perempuan yang banyaknya empat ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian, subang, barang-barang hantaran lain);
~ segi bidang yang seginya atau sempadannya empat;
~ gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela (peribahasa) pertuturan orang yang bijak itu selalu tidak diketahui ertinya;
~ susu dua perut [sastera lama] (peribahasa) tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dan lain-lain);

berempat yang empat jumlahnya, berjumlah empat:
hari yang berikutnya orang ~ itu telah keluar;

berempat-empat tiap-tiap satunya (kumpulan, barisan, dan lain-lain) empat jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya:
semua harus beratur ~;
mereka pergi ~;

mengempat;
~ puluh hari berkenduri arwah (untuk orang mati) pada hari yang keempat puluh setelah ia meninggal;

mengempatkan menjadikan empat (isteri dan lain-lain):
kekanda sendiri telah rela ~ isteri kekanda Sultan;

perempat;
se~ = satu ~ satu daripada empat bahagian yang sama banyak, suku (1/4);

memperempat membahagi kepada empat bahagian;

keempat (peringkat, bilangan, dan lain-lain) yang nombor empat;

keempat-empat kesemuanya yang empat jumlahnya, empat (orang dan lain-lain) sekali;

perempatan
1. simpang empat jalan;

2. bahagian yang terdiri daripada suku sesuatu, suku bahagian daripada sesuatu.