1. = empangan, pengempang tambak dan lain-lain untuk menahan arus atau aliran air (untuk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dan lain-lain), bendung, tebat:
empangan moden telah dibina untuk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik;
2. kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat;
3. [kiasan] penghalang, perintang:
malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya;
~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit (peribahasa)
a) perselisihan yang tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi;
b) aturan (perintah) yang tidak boleh diubah (dilalui);
berempangan mempunyai empangan:
sungai yang ~;
mengempang
1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dengan mendirikan tembok, benteng dan sebagainya) untuk menahan aliran air sungai dan sebagainya, membendung (dengan membina empangan), menebat:
lembah-lembah sungai yang kecil telah diempang di kawasan bukit ini untuk dijadikan kolam air;
2. berada atau terletak dalam keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dan lain-lain), melintangi:
jalan raya itu penuh sesak dengan kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan;
3. [kiasan] menahan, menghalang, menghambat:
lajunya tidak dapat diempang;
terempang terbendung, tertebat, tertahan;
tiada ~ peluru oleh lalang (peribahasa) kemahuan orang yang berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yang lemah;
pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan:
teknologi ~ yang cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya daripada teknologi yang dihasilkan di Barat sekarang ini;
pengempang empang(an).