emping

sejenis kudap-kudapan yang dibuat daripada padi muda atau daripada buah belinjau (yang disangai dan ditumbuk tipis-tipis);
~ belinjau emping yang dibuat daripada buah belinjau;

mengemping, memperemping membuat emping, menumbuk (untuk membuat emping):
terdengar bunyi antan nyaring bertingkah, itulah tandanya orang sedang ~;

peremping;
masak ~ (berkenaan (dengan) padi) belum masak betul dan elok untuk dibuat emping;

pengemping = lesung ~ lesung tempat membuat emping.

empirik, empirikal, empiris

[Indonesia-Belanda] berdasarkan (bergantung pada) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori:
kaedah yang digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dengan pengumpulan data.

empoh

(berkenaan (dengan) air sungai dan lain-lain) melimpah, bah, banjir, sebak;

mengempoh, mengempohi menggenangi, mengairi:
air hujan ~ tanah-tanah yang rendah;

keempohan perihal diempoh(i), keairan;

pengempohan pengairan, penggenangan.

empok

[Jakarta]

1. kakak;

2. panggilan kepada orang perempuan;

empok-empok orang perempuan.

emporium

kedai besar yang menjual pelbagai barang (termasuk makanan, pakaian, peralatan dapur, peralatan sukan, dan lain-lain).

empos

[Jakarta];

mengempos, mengemposi
1. menghembus, meniup;

2. memeram (pisang dan lain-lain) dengan memanaskannya dengan karbida dan lain-lain;

emposan buah-buahan yang masak dengan diempos.