daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain:
kemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yang dikaji, dan rasa ~ terhadap masyarakat tersebut telah mengubah bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara;
perkembangan sifat ~ terhadap orang yang menghadapi masalah dadah.
empayar
1. negeri-negeri (biasanya luas) yang di bawah pemerintahan seseorang atau sesebuah negeri yang berdaulat;
2. pemerintahan beraja (atas alasan sejarah, prestij, dan lain-lain) yang mempunyai maharaja (bukan raja) sebagai ketua negara;
3. satu kumpulan syarikat yang biasanya dikawal oleh seorang yang berpengaruh ke atas sesuatu bidang kegiatan tertentu:
McDonald berusaha membina ~ makanan segera;
berempayar mempunyai empayar (yakni ada negeri-negeri yang tertakluk di bawah pemerintahannya).
empedal
= hempedal I.
empedu
= hempedu.
empek I
mengempek terlalu ingin (akan sesuatu).
empek II
[Cina] bapa;
empek-empek orang lelaki yang sudah tua benar, kakek-kakek.
empelas
sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya kesat dan digunakan untuk melicinkan kayu dan lain-lain), Tetracera assa;
~ hari
a) sejenis tumbuhan (pokok yang wangi bau bunga dan kulitnya), akar bagan, mempelasari, pelasari, pulasari, Alyxia lucida;
b) sejenis tumbuhan (pokok), pelasari, pulasari, Alyxia forbesii;
kertas ~ kertas pasir;
berempelas sudah dilicinkan (dengan empelas):
di bawah muka pintu tempat Bendahara duduk itu, ada disediakan usungan yang telah ~;
mengempelas, mengempelasi melicinkan dengan daun (kertas) empelas;
pengempelas;
alat ~ sesuatu yang digunakan untuk mengempelas.
empenak
[arkaik] pujuk ~ pujukan dan kata-kata manis untuk menyukakan hati dan lain-lain;
mengempenak menyukakan (menyenangkan) hati orang, memanjakan anak, dan lain-lain.
empening
mempening.
emper
[Jawa]
1. = emperan serambi (di depan, di rusuk, atau di belakang rumah);
2. atap tambahan yang bersambung dengan rumah ibu, sengkuap.