[bahasa percakapan] pengacara majlis, juruacara majlis.
emu
sejenis burung besar yang tidak dapat terbang, bentuknya seakan-akan burung unta (terdapat di Australia ), Dromaius novaehollandiae.
emulsi
(Kimia)
1. koloid yang merupakan campuran dua atau lebih cecair yang tidak bercampur sepenuhnya, misalnya susu;
2. bahan peka cahaya yang terdapat pada permukaan filem fotografi;
cat ~ sejenis cat yang pigmennya terampai, biasanya dalam resin sintetik, yang tersebar dalam air sebagai emulsi;
pengemulsian
1. proses mencampurkan dua atau lebih cecair yang tidak bercampur sepenuhnya dengan menggoncang campuran tersebut;
2. proses menambahkan bahan kimia kepada sesuatu emulsi untuk mengekalkan keadaan emulsinya;
pengemulsi
1. bahan kimia yang ditambahkan kepada bahan lain dalam keadaan emulsi, seperti makanan, untuk mengekalkan keadaan emulsi bahan ini supaya tekstur, warna, rasa dan sebagainya tidak berubah, misalnya lesitin dalam marjerin;
2. alat, seperti mesin pengisar untuk membuat emulsi secara mengaduk atau menggoncang campuran dua atau lebih cecair.
emunggai
lemunggai.
en I
ukuran yang sama dengan setengah saiz poin taip yang digunakan ataupun setengah em.
En. II
[kependekan] Encik.
enak
1. sedap, nyaman (rasa dan lain-lain):
nasi lemak yang dijual oleh seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya;
makanan yang ~;
2. senang (badan, hati, dan lain-lain):
gurunya memerhatikan muka mereka dengan pandangan yang kurang ~;
Cik Salmah sedang ~ menonton di panggung Capitol;
~ hati senang hati;
tak ~ badan sakit sedikit;
seenak sama enaknya (dengan);
seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati:
tidak satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yang terbang dengan ~ sahaja menuju ke selatan;
berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dengan senang hati:
ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu;
mengenakkan
1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan:
masukkanlah sedikit pati rasa untuk ~ lagi masakan itu;
pendengarannya janggal dan tidak ~;
2. menyatakan (berpura-pura) enak:
makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu;
terenak
1. yang paling enak;
2. memperoleh kesedapan (kesenangan dan lain-lain);
enak-enakan makanan dan lain-lain yang enak-enak, sedap-sedapan;
keenakan
1. kesedapan;
2. kesenangan, keseronokan;
3. [Jakarta] menjadi terbiasa (biasanya hal yang kurang baik):
jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dengan orang lain.
enakmen
undang-undang atau statut.
enam
bilangan lima dicampur satu (6, VI);
~ belas bilangan sepuluh dicampur enam (16, XVI);
~ likur [sastera lama] [arkaik] dua puluh enam (26, XXVI);
~ puluh bilangan yang besarnya enam kali sepuluh (60, LX);
berenam berjumlah enam (orang dan lain-lain), enam (orang dan lain-lain) jumlahnya:
jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah;
keenam yang nombor enam:
keempat, hulubalang yang bernama Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yang bernama Panta Suta, ~, hulubalang yang bernama Sutama;
keenam-enam semua yang jumlahnya enam:
~ murid itu pun pulang ke rumah.
enamel
1. lapisan cat dan lain-lain yang berkilat pada permukaan logam dan lain-lain (untuk menghindarkannya daripada berkarat dan lain-lain);
2. lapisan luar yang keras pada gigi.