enap I

sesuatu yang bercampur dengan air dan lain-lain dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar, endap, endapan;

mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak, mengendap;

mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mengendapkan;

enapan
1. enap;
tanah ~ tanah yang telah bercampur dengan air dan mendak;

2. (Geografi) bahan yang terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yang terdiri daripada campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dan sebagainya;

3. pepejal yang terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa;

pengenapan proses mengenap atau mengenapkan.

enap II

[Minangkabau] diam;

mengenap, mengenap-enapkan memikirkan atau mempertimbangkan dengan teliti (sungguh-sungguh).

enau

sejenis tumbuhan (pokok), aren, kabung, Arenga saccharifera;
~ memanjat (mencari) sigai
(peribahasa) perempuan mendapatkan (mencari) lelaki;
~ sebatang dua sigainya (peribahasa)
a) satu pekerjaan dua orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya;
b) seorang perempuan yang menduakan suami;
bagai ~ dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing (peribahasa) tidak semuafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja;

mati ~ tinggal di rimba (peribahasa) jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi.

encal I

encal-encal terloncat-loncat (kanak-kanak yang dipegang kedua-dua belah telinganya dan diangkat ke atas ke bawah) turun naik.

encal II

encal-encal [sastera lama] jangan tidak sahaja, tidak sungguh-sungguh atau hati-hati (berbuat sesuatu dan lain-lain).

encer

[Jakarta]

1. tidak keras dan tidak seperti gas, cair;

2. bercampur air, tidak pekat atau kurang patinya (berkenaan (dengan) cecair yang mengandungi sesuatu zat);

3. menjadi cair;

4. lekas menerima pelajaran, lekas faham;

mengencerkan menjadikan encer (cair, larut), mencairkan, melaruntukan;

enceran cairan, larutan.

encik

1. panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali;

2. panggilan kepada ibu (bagi sesetengah orang);

3. gelaran yang digunakan sebelum nama orang lelaki (yang tidak mempunyai sebarang gelaran seperti Datuk, Tengku, dan sebagainya):
E~ Ramli;
~ laki-laki
laki-laki yang menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah;
~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah;

4. [Jakarta] panggilan kepada orang Cina asli;

encik-encik seorang Cina asli;

berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap:
memang Hamid apabila bercakap dengan aku selalu ~;
Ah, jangan ~ juga lagi dengan saya, Suyono!

memperencik memanggil encik (kpada seseorang):
sekarang engkau yang patut saya perencik.