deril II

[Indonesia] tembakan serentak (senapang, meriam);

menderil menembak (senapang, meriam) dengan serentak;

penderilan penembakan yang serentak.

dering I

1. bunyi seperti bunyi giring-giring (loceng kecil, loceng basikal, telefon, dan lain-lain):
~ telefon rumah orang sebelah jelas terdengar dari rumah saya;

2. bunyi yang nyaring (seperti bunyi cengkerik, gajah, dan lain-lain):
apabila aku terjaga, malam sudah sunyi senyap, hanya ~ cengkerik sahaja yang kedengaran;

berdering, berdering-dering, mendering
1. berbunyi seperti bunyi giring-giring (loceng, telefon, dan lain-lain):
bunyi loceng basikal posmen ~ di depan tangga rumah;

2. berbunyi dengan nyaring (seperti bunyi cengkerik, gajah, dan lain-lain):
masuk dalam kawan gajah ~;

deringan bunyi berdering:
~ loceng basikal yang menjemukan semakin berkurang bila hari meningkat petang.

deris

bunyi seperti bunyi kain dikoyak (rumput kering dipijak dan lain-lain);

berderis, menderis berbunyi seperti bunyi kain dikoyak dan lain-lain.

derit

bunyi seperti bunyi lantai pelupuh dipijak (engsel yang tidak berminyak dan lain-lain);

berderit, menderit berbunyi seperti bunyi lantai pelupuh dipijak dan lain-lain.

derita I

kesusahan (kesakitan, keseksaan, dan sebagainya) yang dialami:
sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan;

menderita
1. menanggung kesusahan (kesakitan, keseksaan, dan sebagainya):
dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih;

2. = menderitai menanggung, mengalami:
orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yang teruk;
kerugian yang mereka deritai amatlah banyak;

menderitakan membuat seseorang mengalami derita;

terderita, terderitakan dapat dideritai (ditanggung), tertanggung, tertahan:
bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya;

deritaan perkara yang diderita (seperti kesakitan, kesusahan, dan lain-lain):
~nya kali ini lebih berat daripada yang sudah-sudah;

penderitaan
1. perihal menderita, penanggungan:
ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kepada kawannya;

2. deritaan;

penderita
1. orang yang menderita;
~ cacat orang yang cacat;
~ sakit paru-paru orang yang menghidap sakit paru-paru;

2. [Indonesia] pelengkap (benda) yang menjadi tujuan kata kerja (perbuatan) dalam ayat:
dalam ayat dia menyepak bola, bola ialah ~nya.