berlari cepat (kuda dan lain-lain);
menderapkan melarikan (menyebabkan kuda berlari) dengan kuat:
joki ~ kudanya keliling padang.
Cari Maksud Perkataan Secara Online
berlari cepat (kuda dan lain-lain);
menderapkan melarikan (menyebabkan kuda berlari) dengan kuat:
joki ~ kudanya keliling padang.
1. cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan, dan sebagainya):
arus sungai itu sangat ~;
2. lekas (perbuatan), cepat:
katalah ~, saya nak tahu;
tolong ambilkan aku songkok ~ sedikit;
3. lebat (hujan):
hujan semakin ~ turun;
4. [Kedah] kuat (bunyi, suara):
Mengapa sampai berkata begitu…? sergah Masri agak ~ daripada biasa;~ datang dalam kena (peribahasa) membuat sesuatu dengan tergesa-gesa akan mendatangkan kerugian;
~ seperti anak panah terlalu cepat;
sederas
1. sama deras (laju, cepat), selaju, secepat:
dia berjalan tidak ~ kawannya;
2. dengan kelajuan atau kecepatan (tertentu mengikut masa), selaju:
dia memandu keretanya ~ 80 kilometer sejam;
menderas
1. bergerak (mengalir, berjalan, dan sebagainya) dengan deras:
Ros mengesat-ngesat air matanya yang keluar ~;
2. turun dengan derasnya (lebatnya):
hujan ~ dan guruh sahut-menyahut;
menderaskan, memperderas
1. membuat supaya deras bergerak (mengalir, berjalan, dan sebagainya), mempercepat:
senaman boleh ~ denyutan jantung;
kerja yang elok diperderas, kerja yang buruk diperlambat;
2. memperkuat (bunyi, suara, dan sebagainya);
kederasan
1. perihal deras, kelajuan, kecepatan:
oleh sebab ~ Tun Hamzah mengamuk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu;
2. kadar pergerakan (dalam sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan:
lori itu dipandunya dengan ~ 60 kilometer sejam;
penderasan
1. perbuatan menderaskan (melajukan, mencepatkan), pencepatan, pelajuan;
2. perbuatan menderaskan (bunyi, suara, dan sebagainya), penguatan;
3. [arkaik] bahagian yang deras arusnya (sungai);
penderas
1. alat (perkakas) untuk menderaskan (mencepatkan gerakan dan lain-lain), pencepat, pelaju;
2. lekas hilang pertimbangan, keburu nafsu, terburu-buru:
engkau memang ~, jika hatimu tersinggung, lupalah engkau membezakan antara yang benar dengan yang salah.
menderas
1. mengulang membaca Quran (untuk memahirkan pembacaan);
2. mengulang kaji (pelajaran):
tiap-tiap hari selepas sekolah, dia ~ segala apa yang dipelajarinya di sekolah.
bunyi seperti bunyi orang memijak sampah atau pasir.
~ malam sejenis tumbuhan (pokok renek), akar keremak, Ruellia repens.
[Kelantan];
menderat berjalan dengan tidak tentu tujuan, merayau-rayau.
bunyi seperti bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yang dibawa angin, dan lain-lain);
berderau, berderau-derau, menderau, menderau-derau
1. berbunyi seperti bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yang dibawa angin, dan lain-lain):
kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan berderau-derau bunyi riaknya;
2. [kiasan] tersentak (perasaan), tersirap (darah):
~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar;
3. tercetus dan berpanjangan bunyinya (berkenaan (dengan) ketawa), berderai:
tiba-tiba terdengar ketawa ~ dari dalam bilik guru;
derauan
1. bunyi yang berderau (menderau):
di luar hujan turun mencurah-curah ~nya berselang-selang dengan bunyi desiran daun-daun kayu yang bergeser;
2. cetusan (ketawa) yang berpanjangan, deraian.
berderau bergotong-royong (bertolong bantu, bekerjasama) mengerjakan sawah:
di Kedah, penanaman padi dibuat secara ~.
[arkaik];
gula ~ air gula.
baris, deret.