derek II

= mesin ~ [Indonesia] kren untuk memunggah barang dari kapal dan lain-lain, takal;
mobil ~ [Indonesia] kereta yang dilengkapi alat untuk memunggah barang;

menderek memunggah barang dengan derek.

deret

1. = deretan; 2. bersambung antara satu unit dengan yang lain menjadikan satu bangunan yang panjang (berkenaan (dengan) kumpulan rumah atau kedai):
masalah perumahan diatasi dengan mendirikan rumah-rumah ~;
mereka berjalan-jalan di kaki lima kedai dua ~ itu;

3. kumpulan huruf atau perkataan yang berada dalam baris (yang satu di belakang atau di samping yang lain), baris:
Ali memetik gitarnya sambil menyanyikan beberapa ~ pantun;

sederet (berada) dalam satu barisan, sebaris:
~ rumah kedai itu musnah dijilat api;

berderet
1. berbaris (yang satu di belakang atau di samping yang lain):
Paduka Liku duduk ~ dengan Mahadewi;
kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu;

2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) panjang-panjang beruntun-runtun:
mangsa kebakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka;

3. [bahasa percakapan] banyak (anak):
dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah;

mendereti berderet pada, membarisi:
kami melalui bandar yang didereti rumah batu yang tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat;

menderetkan, memperderetkan menjadikan (menyusun) berderet-deret, membariskan:
batu-bata itu dideretkan di keliling taman;

deretan
1. barisan:
~ bukit;
~ kedai;

2. deret (huruf, perkataan);

3. rentetan, siri:
~ peristiwa yang sama.

derhaka

1. tidak taat atau khianat kepada negara (Tuhan, orang tua, dan lain-lain), menentang kekuasaan yang sah:
anak yang ~ dimurkai Allah;
isteri yang ~ kepada suami;

2. = orang ~ = penderhaka orang yang mengkhianati negara (Tuhan, suami, dan lain-lain):
orang yang memasuki perkumpulan haram itu dianggap sebagai ~;
anak kunci jahat, peti ~
(peribahasa) suami yang jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya;

berderhaka berlaku derhaka, berkhianat:
orang-orang yang ~ kepada ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak;

menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dan lain-lain):
kesalahan seperti ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan jenayah;

menderhakai menderhaka terhadap atau kepada seseorang dan sebagainya:
~ kedua-dua ibu bapa tergolong dalam dosa besar;

kederhakaan hasil perbuatan menderhaka:
para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah;

penderhakaan perbuatan menderhaka:
Abdullah bin Saba telah memainkan peranan yang besar dalam ~ terhadap Sayidina Othman;

penderhaka orang yang menderhaka:
dalam tempoh sebulan sahaja ~ -~ yang melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir.

deria

alat perasa (pencium, pendengaran, pelihatan, dan lain-lain):
~ bau;
~ dengar;

menderia mengesan (bau, rasa, dan sebagainya):
hidung ialah alat ~ bau di bahagian kepala;

kederiaan peralatan tubuh yang berkaitan dengan fungsi organ deria, seperti saluran kederiaan, saraf kederiaan:
maklumat itu diperoleh dari dunia luar melalui berbagai-bagai saluran ~;

deriaan kesan daripada menderia;

penderia alat yang dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dan sebagainya, sensor:
cahaya yang keluar dari lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik.

derik II

menara yang dibina di atas telaga minyak yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan gerudi.