derma

bantuan yang berupa wang (kpada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas, sedekah (kpada orang miskin dan lain-lain):
pertunjukan amal itu ialah untuk memungut ~ bagi membantu mangsa banjir;
~ bakti
bantuan yang dihulurkan demi sesuatu tujuan kebajikan;
~ kilat derma yang dipungut dengan serta-merta untuk sesuatu bantuan kecemasan;

berderma, menderma memberi derma:
Wan Intan telah ~ tenaganya merawat orang-orang sakit;

mendermakan memberikan sesuatu dengan ikhlas:
dia telah ~ sebahagian daripada gajinya untuk anak-anak yatim;

pendermaan perihal atau perbuatan mendermakan:
surat itu mengesahkan ~ yang telah diterima oleh pihak perkumpulan itu;

penderma orang yang menderma.

dermaga

1. tembok batu sebagai penahan ombak (di pelabuhan);

2. binaan yang diperbuat daripada kayu atau batu tempat kapal berlabuh untuk memuatkan atau menurunkan barang-barang muatan.

dermasiswa

wang bantuan untuk pelajar-pelajar (universiti) yang tidak mampu (lebih rendah daripada biasiswa).

dermatitis

(Perubatan) radang pada kulit yang dicirikan dengan kulit yang kemerah-merahan dan mengelupas.