[Kelantan];
~-cakdong sejenis permainan kanak-kanak, jongkang-jongket.
conget
terconget menganjur keluar, tidak rata.
conggang
~-canggik = ~-canggit = ~-conggek = ~ congget turun naik (punggung dan lain-lain) sewaktu berjalan dan lain-lain.
conggek
= conggang.
congget
tercongget-congget bergerak turun naik (ekor burung dan lain-lain).
conggok
tegak (dengan kepala tidak tunduk);
berconggok berdiri atau duduk tegak:
para pelajar yang ~ di depan telah hebat memberi riak dalam jiwa;
menconggokkan menegakkan;
terconggok tertegak.
congkah
~-cangkih = ~-mangkih tidak teratur (seperti mencuar ke sana sini, tinggi rendah, dan lain-lain), tidak keruan, tidak tentu hala;
mencongkah menggali:
jikalau ditanam pun, habis dicongkah oleh babi.
congkak I
sombong, bongkak, pongah;
~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, terlalu sombong;
kerana ~ badan binasa (peribahasa)
a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka;
b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka;
kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan.
congkak II
sejenis binatang seperti kerang atau lokan;
jenis-jenisnya:
~ baiduri, ~ kedah, ~ putih dan lain-lain.
congkak III
= main ~ sejenis permainan yang menggunakan kayu bujur yang berlubang-lubang dan buah-buahnya daripada biji saga (buah gorek, kulit lokan, dan lain-lain), atau lubang-lubang yang dikorek di tanah;
buah ~ biji saga (buah gorek, kulit lokan, dan lain-lain) yang digunak