[Perak] bingung, bodoh.
congor
[Jakarta] jongor.
conor
1. sejenis ikan laut, Saurus myops;
2. sejenis ikan laut, Saurida tumbil;
3. sejenis ikan laut, Trachinocephalus myops.
conteng
coreng, coret, calit, palit;
berconteng-conteng bercoreng-coreng (dengan cat, arang, dan lain-lain), bercalit-calit, berpalit-palit:
papan hitam itu dilihatnya penuh ~ dengan kapur;
menconteng mencoreng (dengan cat, arang, kapur, dan lain-lain), mencalit, memalit:
adik saya suka sangat ~ buku saya;
~ arang di muka (peribahasa) memberi malu (aib);
mencontengkan mencorengkan, memalitkan:
ia asyik ~ cat di papan itu;
terconteng
1. sudah diconteng, tercoreng;
2. [kiasan] mendapat malu (aib);
contengan hasil menconteng:
kertas yang putih bersih itu menjadi comot dengan ~;
penconteng orang yang menconteng atau mencontengkan.
contoh
1. benda (sebahagian benda-benda) yang sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dengan semua benda daripada jenisnya, benda yang dapat mewakili benda lain kerana sama sifat-sifatnya:
jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja;
2. benda yang lain, benda untuk ditiru, model:
guru membuat ~ di papan hitam untuk murid-murid;
3. acuan, cetakan;
4. perbuatan (kelakuan, hal) yang menjadi teladan:
tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid;
mengambil ~ kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang (peribahasa) sesuatu yang hendak ditiru itu biarlah daripada contoh yang telah memberi hasil yang baik;
bagaimana ~, begitulah kuihnya (peribahasa) anak itu menurut sifat atau teladan daripada orang tuanya;
mencontoh mengambil jadi contoh, meneladan, meniru:
kelakuan buruk jangan dicontoh;
mencontohi
1. membuat sesuatu dengan mengikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani:
guru hendaklah dari mula menunjukkan tabiat yang baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak;
kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW;
2. [arkaik] memberi contoh kepada;
mencontohkan 1. mencontoh;
2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sebagai contoh, menjadikan contoh:
masalah ini samalah seperti seseorang melihat sebuah rumah yang saya contohkan dahulu;
contohan yang menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya;
percontohan
1. benda-benda yang dijadikan contoh (seperti barang dagangan dan lain-lain);
nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dan lain-lain);
2. benda untuk ditiru, model:
desa ~.
contong
[Jawa] daun atau kertas pembungkus yang berbentuk kon, kelongsong (kacang dan lain-lain).
cop I
[Kedah]
1. sejenis alat untuk menggali tanah;
2. sejenis alat yang digunakan untuk mengupas kelapa.
cop II
[Kedah] meniup (lilin, pelita minyak tanah) dengan menggunakan mulut, menghembus.
copak
~-capik (berjalan) pincang.
copeh
[Terengganu] bilangan yang sedikit:
bawa ~ kertas, saya hendak menulis.