coreng I

garis kasar panjang, conteng;
~-moreng penuh dengan coreng;

bercoreng, bercorengan, bercoreng-coreng, bercoreng-corengan mempunyai banyak coreng (kotor) yang tidak tentu rupanya:
tembok bilik mandi itu ~;

bercoreng-moreng kotor penuh berconteng-conteng;

mencoreng menggaris kasar panjang, menconteng:
gambar-gambar calon yang terpampang di situ sudah dicoreng-coreng dengan arang;

mencorengkan menggariskan, mencontengkan, mencoretkan;

tercoreng terconteng;
malu ~ di muka (dahi) (peribahasa) mendapat malu besar.

coret I

garis panjang;
corat-~
a) garis-garis yang tidak tentu hala;
b) gambar yang dilukis dengan garis-garis (jangan tidak sahaja rupanya);
c) tulisan yang tidak elok;
d) karangan yang ditulis jangan tidak atau untuk gambaran ringkas;
e) pementasan pendek;

mencoret
1. menggaris panjang;

2. mencorek, membatalkan atau memotong tulisan (perkataan yang salah) dengan coret;

3. membuat sketsa (lakonan dan lain-lain);

4. [kiasan] menghapuskan, meninggalkan, tidak mengira atau tidak memasukkan dalam perkiraan;

coretan sketsa, gambaran (lukisan) ringkas:
inilah kisahnya satu ~ hidup gadis kota;

pencoretan perihal atau perbuatan mencoret;

= corat.

corong

1. saluran yang berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya untuk menuang air (minyak dan lain-lain) supaya jangan tumpah;

2. = ~ bicara (suara) alat yang berbentuk kelongsong untuk menguatkan suara;

3. = ~ asap salur tempat asap keluar, cerobong, serombong;

4. = ~ lampu salur kaca untuk melindungi nyala lampu, cimni lampu;

5. teropong (untuk melihat jauh);

6. alat penguat suara, mikrofon;
~ Baermann (Biologi) radas yang digunakan untuk mengasingkan organisma kecil daripada suatu sampel (biasanya tanah);
~ dengar alat untuk mendengar yang dipakai oleh orang yang agak pekak;
~ radio alat yang menangkap suara untuk disiarkan melalui radio;
~ telefon gagang telefon;

mencorong
1. bersinar dengan terangnya (berkenaan (dengan) lampu, matahari, dan lain-lain);

2. menyuluhi (menerangi) dengan lampu corong;

mencorongkan
1. menyinarkan, menerangkan;

2. memancarkan (cahaya, suara, dan lain-lain).