corot I

muncung atau cerat (cerek dan lain-lain);
~ pelita tempat sumbu pelita;

mencorotkan memancarkan, memancurkan (air dan lain-lain).

corot II

terkebelakang (dalam perlumbaan dan lain-lain), tertinggal di belakang sekali;

pencorot orang yang terkebelakang (tiba paling lewat) sekali.

cota

kayu pendek dan berat yang digunakan sebagai senjata, tongkat waran, belantan, martil.

cotek II

[Kelantan]

1. tempat yang tertinggi sekali (seperti kemuncak bukit dan lain-lain);

2. [kiasan] yang tertinggi (teratas).

cotet

1. [Kedah] sedikit sahaja (berkenaan (dengan) siput, kondai, dan lain-lain);

2. conet.

cotok

paruh ayam (burung dan lain-lain);
salah ~ melantingkan (peribahasa)
a) sesuatu perbuatan yang salah itu harus dibetulkan;
b) melakukan sesuatu pekerjaan itu hendaklah dengan sewajarnya, kalau tidak kesusahan akibatnya;
salah ~ berkudung paruh, salah telan belah perut (peribahasa) kesalahan akan dihukum dengan sewajarnya atau menurut adat yang ditentukan;

mencotok mencatuk, memagut, mematuk:
ayam ~ makanan.

coulomb

(Fizik) banyaknya tenaga elektrik yang dialirkan oleh arus elektrik sebanyak satu ampere dalam satu saat.

cowok

[bahasa percakapan]

1. [Indonesia] lelaki yang masih muda;

2. teman lelaki.