[Arab] Yang Maha Menghitung Amalan Makhluk (satu daripada 99 nama Allah).
al-ijarah
konsep perbankan Islam yang merujuk kepada persetujuan bahawa bank sebagai pemilik aset, memajakkan aset berkenaan kepada pelanggan untuk suatu tempoh tertentu, dengan bayaran sewa yang dipersetujui antara kedua-dua belah pihak.
al-Jabbar
[Arab] Yang Maha Perkasa (satu daripada 99 nama Allah):
Khalik ~;
Malik ~.
al-Jalil
[Arab] Yang Maha Memiliki Sifat Keagungan Yang Tiada Pada Makhluk (satu daripada 99 nama Allah).
al-Jamik
[Arab] Yang Maha Penghimpun (satu daripada 99 nama Allah).
al-Kabir
[Arab] Yang Maha Besar (Gah) (satu daripada 99 nama Allah).
al-kafalah
konsep perbankan Islam yang merujuk kepada jaminan satu pihak bahawa satu pihak yang lain akan menunaikan kewajibannya.
al-Karim
[Arab] Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi (satu daripada 99 nama Allah).
al-Kasyaf
[Arab] Yang Menyingkap Hijab (membuka rahsia alam) (salah satu nama Allah).
al-Khabir
[Arab] Yang Maha Sedia Mengetahui (satu daripada 99 nama Allah).